Dunia digital semakin bahaya? HKI 2026 ajak rakyat lebih peka

February 6, 2026 · Isu semasa

Isu keselamatan internet kini bukan lagi sekadar topik teknikal, sebaliknya sudah menjadi isu harian yang melibatkan keluarga dan masyarakat.

Hari Keselamatan Internet (HKI) 2026 yang akan berlangsung di Astaka Taman Tasik Titiwangsa pada 8 Februari ini dilihat sebagai usaha membawa perbincangan tentang dunia digital ke ruang awam dengan pendekatan lebih santai dan mudah difahami.

Program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini menampilkan konsep edutainment yang menyasarkan penyertaan ibu bapa, remaja, pelajar serta komuniti setempat.

Tema tahun ini, “Teknologi Pintar, Pilihan Selamat”, memberi fokus kepada penggunaan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) secara beretika serta bertanggungjawab.

Pendedahan awal kanak-kanak kepada internet dan teknologi pintar menjadikan aspek keselamatan digital semakin penting.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kes penipuan dalam talian dan scam digital menunjukkan peningkatan ketara, dengan taktik semakin kompleks dan sukar dikesan.

Pada masa sama, ramai pengguna masih tidak menyedari risiko harian yang wujud melalui penggunaan telefon pintar dan aplikasi media sosial.

HKI 2026 mengetengahkan pelbagai aktiviti termasuk perbincangan santai tanpa bahasa teknikal, pameran keselamatan digital, serta program komuniti yang mesra keluarga. Pendekatan visual dan kandungan mesra media sosial turut digunakan bagi menarik perhatian golongan muda.

Hari Keselamatan Internet merupakan inisiatif global yang mula diperkenalkan bagi meningkatkan kesedaran tentang penggunaan internet secara selamat.

Di Malaysia, sambutan ini semakin berkembang selari dengan peningkatan penggunaan internet, terutama dalam kalangan generasi muda.

Penganjur berharap program ini mampu membentuk budaya penggunaan internet yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

HKI 2026 dilihat sebagai platform nasional penting dalam mendidik masyarakat agar lebih peka terhadap keselamatan dunia maya.

Berita berkaitan
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
September 4, 2026· Isu semasa
Drama sentuh sensitiviti akan diambil tindakan, tiada kompromi: Fahmi
September 2, 2026· Isu semasa
Pesara hilang RM1.4 juta akibat phone scam
September 2, 2026· Isu semasa
Jangan salahkan Fahmi, sistem komunikasi kerajaan yang lama perlu berubah: Tian Chua
September 1, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
2 jam lalu · Isu semasa
Mufti Wilayah ingatkan bahaya istilah ‘menunggang agama’
2 jam lalu · Isu semasa
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026 · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
September 4, 2026 · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok