Ekonomi Malaysia di landasan kukuh: Anwar

January 27, 2026 · Isu semasa

Prestasi ekonomi Malaysia yang semakin memberangsangkan membuktikan negara ini mempunyai potensi besar untuk terus mara sebagai antara kuasa ekonomi penting di Asia, didorong oleh tenaga kerja berkeupayaan tinggi dan pasaran pekerjaan yang stabil.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, petunjuk ekonomi terkini menunjukkan Malaysia berada pada hala tuju yang betul dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh di peringkat serantau, pengukuhan nilai ringgit serta rekod pelaburan tertinggi dalam sejarah negara.

“Semua angka ini bukan sekadar statistik. Ia penting untuk tingkatkan keyakinan rakyat dan pada masa sama jadi dorongan supaya kita terus baiki kelemahan yang masih ada,” katanya semasa merasmikan Majlis Peluncuran Pembangunan Prasarana Awam Semenyih di Kampung Sungai Pening, hari ini.

Menurut beliau, tiada negara yang sempurna, namun sikap positif dan usaha berterusan adalah kunci membina masa depan negara.

“Ada kekurangan, kita baiki. Potensi Malaysia ini memang besar,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan kestabilan ekonomi amat penting kerana kelemahan dalam sektor itu boleh membawa kepada masalah lebih besar seperti pengangguran dan kemiskinan.

Walaupun isu kemiskinan masih wujud, katanya, keadaan itu jauh lebih terkawal berbanding sebelum ini.

“Kerajaan MADANI komited untuk menangani kemiskinan tegar secara menyeluruh. Tapi kerajaan tak boleh buat seorang diri. Kerjasama sektor swasta dan rakyat sangat penting,” katanya.

Beliau menekankan keperluan memastikan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang, berasa dihargai dan mempunyai peranan dalam pembangunan negara.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan di sebalik pembangunan pesat, masih ada kelompok masyarakat yang terpinggir dan memerlukan perhatian segera.

“Jangan tunggu rakyat mengadu. Kita kena turun cari masalah dan bantu melalui saluran yang ada,” katanya.

Anwar turut menyentuh prestasi perdagangan negara yang kini melepasi RM1 trilion, satu pencapaian besar bagi negara yang bukan bersaiz ekonomi gergasi.

“Ini hasil kerja keras pekerja, peniaga dan pengusaha. Kita patut bersyukur, tapi jangan selesa. Masih banyak ruang untuk kita jadi lebih baik,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
8 jam lalu· Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
10 jam lalu· Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
10 jam lalu· Isu semasa
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
21 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
8 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
18 jam lalu · Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
18 jam lalu · Isu semasa
GST belum sesuai dilaksana, kerajaan kekal SST: MOF
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
9 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok