Ekonomi negara kekal kukuh meskipun konflik Asia Barat memuncak: Gabenor

May 8, 2026 · Isu semasa

Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang kukuh tahun ini walaupun ketegangan geopolitik di Asia Barat semakin memuncak dan memberi tekanan kepada ekonomi global.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Abdul Rasheed Ghaffour berkata daya tahan ekonomi negara ketika ini disokong oleh permintaan domestik yang stabil, aktiviti pelaburan berterusan serta pertumbuhan eksport khususnya dalam sektor teknologi dan kecerdasan buatan (AI).

Menurut beliau, penggunaan swasta dan pelaksanaan projek pelaburan jangka panjang terus menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara.

“Momentum pertumbuhan masih berterusan didorong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh. Pelaburan dan penggunaan kekal baik dan ini membantu memacu ekonomi Malaysia bagi baki tahun ini,” katanya dipetik laporan Bernama.

Beliau berkata keadaan pasaran pekerjaan juga kekal memberangsangkan apabila kadar pengangguran menurun kepada 2.9 peratus setakat Februari lalu, manakala pertumbuhan gaji dan bantuan kerajaan membantu mengekalkan kuasa beli rakyat.

Konflik Asia Barat ketika ini mencetuskan kebimbangan global susulan peningkatan harga tenaga dan gangguan rantaian bekalan dunia.

Namun, Abdul Rasheed berkata langkah subsidi bersasar, kawalan harga dan pemantauan kerajaan berjaya mengawal tekanan inflasi dalam negara.

Inflasi Malaysia meningkat kepada 1.6 peratus pada suku pertama 2026 berbanding 1.4 peratus tahun sebelumnya, namun beliau menegaskan keadaan masih terkawal.

“Buat masa ini tekanan harga masih terkawal tetapi kita perlu terus berwaspada. Kami sentiasa memantau perkembangan semasa,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata permintaan global terhadap pelaburan berkaitan AI dan pendigitalan turut memberi kelebihan kepada Malaysia, terutama dalam sektor eksport dan pembuatan berteknologi tinggi.

BNM sebelum ini mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia antara 4.0 hingga 5.0 peratus bagi 2026. Menurut Abdul Rasheed, unjuran itu sudah mengambil kira risiko akibat konflik Asia Barat termasuk kenaikan harga minyak dan ketidaktentuan ekonomi dunia.

Beliau turut memberi jaminan sektor kewangan negara kekal kukuh dan mampu menyokong pertumbuhan ekonomi domestik sepanjang tempoh mencabar ini.

“Malaysia kini lebih bersedia menghadapi kejutan luaran hasil pelbagai pembaharuan ekonomi dan penampan dasar fiskal serta monetari yang lebih baik,” katanya.

Berita berkaitan
Putrajaya lulus hampir semua projek pembangunan Kelantan: Menteri Besar
16 jam lalu· Politik
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
October 29, 2026· Isu semasa
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
October 26, 2026· Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
October 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
6 jam lalu · Isu semasa
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
6 jam lalu · Isu semasa
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
13 jam lalu · Isu semasa
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
13 jam lalu · Isu semasa
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
16 jam lalu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok