Ekonomi negara kekal kukuh walau dunia bergolak: Pakar Ekonomi

April 7, 2026 · Isu semasa

Malaysia dijangka terus berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan global meskipun konflik geopolitik, khususnya di Asia Barat, semakin berpanjangan.

Ketua Ahli Ekonomi Ambank Group Firdaos Rosli berkata, asas ekonomi negara yang kukuh ketika ini menjadi benteng utama daripada risiko kemelesetan yang melanda ekonomi global.

“Setakat ini kita boleh rumuskan tiada kemelesetan yang bakal tiba dan kita tidak melihat Malaysia akan mengalami kemelesetan pada tahun ini,” katanya ketika berucap dalam forum Krisis Asia Barat: Implikasi Ekonomi, Apa Langkah Malaysia? anjuran MINDA-UKM.

Menurut beliau, sebagai sebuah ekonomi terbuka dengan tahap perdagangan melebihi 130 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Malaysia sememangnya terdedah kepada turun naik ekonomi global.

Namun, prestasi negara masih disokong oleh kitaran pertumbuhan yang konsisten sejak krisis kewangan global 2008.

“Walaupun ada tempoh pertumbuhan perlahan, itu tidak bermaksud ekonomi kita berada dalam kemelesetan,” jelasnya.

Dari segi unjuran, Bank Negara Malaysia menjangkakan ekonomi berkembang antara empat hingga lima peratus tahun ini, dipacu permintaan domestik yang stabil serta pelaburan berterusan.

Prestasi ini menyusul pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, antara yang terbaik sejak 2022.

Bagaimanapun, Firdaos mengingatkan pemulihan pasca pandemik Covid-19 lebih mencabar berbanding sebelum ini, dengan kitaran penurunan ekonomi dilihat lebih kerap.

Di peringkat global, institusi seperti IMF dan OECD turut memberi amaran mengenai risiko pertumbuhan perlahan serta tekanan inflasi akibat kenaikan harga tenaga.

Firdaos menjelaskan setiap peningkatan 10 peratus harga minyak boleh mengurangkan output global sehingga 0.2 mata peratusan.

“Kita sedang melihat kesan berantai daripada kejutan tenaga kepada inflasi yang menjejaskan kos sara hidup,” katanya.

Malaysia, katanya, mempunyai kelebihan sebagai pengeksport bersih tenaga seperti gas dan elektrik, namun masih bergantung kepada import minyak dan lebih 50 peratus bekalan makanan.

Dalam jangka pendek, beliau mengenal pasti tiga risiko utama kepada ekonomi negara iaitu kejutan eksport, tekanan inflasi dan ketidaktentuan pasaran kewangan.

“Semua ini bergantung kepada tempoh konflik. Jika berlarutan lebih enam bulan, impaknya akan jauh lebih besar berbanding situasi jangka pendek,” katanya.

Berita berkaitan
Hubungan diplomatik baik, politik stabil jamin bekalan tenaga: PMX
6 jam lalu· Isu semasa
Malaysia teroka sumber minyak baharu, utamakan kesesuaian fasiliti tempatan
June 10, 2026· Isu semasa
Kerajaan Pulau Pinang sokong PRU-16 tidak diawalkan, fokus isu ekonomi negara
June 6, 2026· Politik
Bekalan minyak negara masih stabil: Amir Hamzah
June 6, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Program Ziarah Kasih: Fahmi santuni warga emas, pesakit terlantar di Seri Menanti
5 jam lalu · Isu semasa
62 NADI Negeri Sembilan tawar latihan AI percuma
6 jam lalu · Isu semasa
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
June 12, 2026 · Isu semasa
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
June 11, 2026 · Isu semasa
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
June 11, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok