Ekonomi negara masih kukuh hadapi krisis Asia Barat: Zafrul

March 15, 2026 · Isu semasa

Ekonomi Malaysia masih berada dalam keadaan stabil walaupun konflik yang berlarutan di Asia Barat menimbulkan kebimbangan terhadap ekonomi global dan harga minyak dunia.

Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan telah mengambil beberapa langkah fiskal yang proaktif bagi memastikan negara mampu menghadapi sebarang kesan sekiranya krisis tersebut berpanjangan.

Menurut beliau, dakwaan kerajaan tidak bersedia atau menggunakan isu itu sebagai bahan politik adalah tidak berasas dan boleh mengelirukan rakyat.

“Janganlah kita kelirukan rakyat dan mempolitikkan situasi ini. Jika dibandingkan dengan banyak negara lain, kedudukan Malaysia sebenarnya lebih kukuh untuk menghadapi cabaran semasa,” katanya.

Beliau berkata antara langkah yang diambil termasuk usaha penjimatan perbelanjaan kerajaan serta mengekalkan subsidi bahan api bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat.

Walaupun harga minyak dunia meningkat, katanya, harga petrol RON95 di bawah inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) masih dikekalkan pada kadar RM1.99 seliter.

“Walaupun harga minyak di seluruh dunia meningkat, harga RON95 khususnya di bawah BUDI95 kekal RM1.99. Ia melibatkan subsidi kerajaan dan tanpa subsidi itu harga minyak akan naik. Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga telah mengadakan dua mesyuarat Jemaah Menteri bagi membincangkan langkah persediaan menghadapi kesan konflik tersebut, selain setiap kementerian diminta melakukan perancangan awal bagi memastikan tindakan segera boleh diambil jika keadaan menjadi lebih serius.

Tengku Zafrul menegaskan asas ekonomi negara kini lebih kukuh hasil usaha pengukuhan dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini.

Sebagai latar belakang, konflik yang semakin memuncak di Asia Barat sejak beberapa bulan lalu telah mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan bekalan tenaga global serta risiko kenaikan harga minyak mentah.

Situasi itu memberi kesan kepada banyak negara yang bergantung kepada import tenaga.

Bagaimanapun, Malaysia dilihat berada dalam kedudukan lebih stabil berikutan pengalaman mengurus lonjakan harga minyak dunia pada 2022, apabila kerajaan masih mampu mengekalkan subsidi bahan api bagi melindungi rakyat daripada kenaikan kos.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan bekalan minyak negara masih terkawal dan kerajaan akan terus memantau situasi di Asia Barat bagi memastikan kepentingan rakyat serta ekonomi negara sentiasa terpelihara.

Berita berkaitan
Harga minyak boleh naik hingga AS$150 setong jika konflik berlarutan
2 jam lalu· Isu semasa
Kapal Malaysia tersekat di Selat Hormuz dikepung tentera AS: Mohamad Hasan
2 jam lalu· Isu semasa
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
6 jam lalu· Politik
Keselamatan tenaga negara jadi fokus utama hadapi krisis global: Fadillah
6 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Isu stesen minyak kehabisan bekalan, Loke nafi negara berdepan krisis bahan api
2 jam lalu · Isu semasa
Kawalan ketat SPRM semasa program Azam Baki, elak kekecohan berulang
2 jam lalu · Isu semasa
PMX umum peruntukan RM2 juta untuk Akademi Sepak Takraw
2 jam lalu · Isu semasa
Lebih 200,000 penjawat awam mula kerja dari rumah esok
2 jam lalu · Isu semasa
Krisis tenaga: Sultan Nazrin bertitah gesa seluruh rakyat bersatu
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok