Elak kongsi maklumat tak sahih dalam kes Zara Qairina: Fahmi

August 9, 2025 · Isu semasa

Fahmi Fadzil menasihati orang ramai agar tidak bertindak sebagai ‘hakim’ dalam menangani isu viral berkenaan kes kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir.

Menteri Komunikasi itu berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengesan beberapa kandungan tular yang mengandungi maklumat tidak sahih mengenai kes tersebut.

“Kami mendapati ada kandungan viral yang membuat tuduhan melulu tentang persekongkolan dalam kes ini. Ada yang sampai mendakwa arwah masuk dalam mesin basuh, walaupun individu berkenaan sudah memohon maaf,” jelas Fahmi selepas Majlis Peluncuran Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak di PPR Kerinchi hari ini.

Fahmi menekankan pentingnya masyarakat memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Kita perlu fahami bahawa keluarga arwah telah memberikan kerjasama penuh. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita harus elakkan menyebarkan maklumat tidak pasti dan mempercayai proses siasatan rasmi,” katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri serta beberapa pegawai kanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut mengingatkan bahawa buli kini dikategorikan sebagai jenayah selepas pindaan Kanun Keseksaan.

“PDRM kini mempunyai kuasa menyiasat kes buli sepenuhnya. Kami di MCMC sentiasa mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan maklumat yang diterima,” tegasnya.

Kes Zara Qairina yang merupakan pelajar SMKA Tun Datu Mustapha Limauan di Papar mendapat perhatian umum selepas pelajar berusia 13 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama pada 16 Julai lepas dan disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Fahmi menegaskan, masyarakat perlu menghormati proses undang-undang dan tidak membuat kesimpulan sendiri sebelum siasatan selesai.

Berita berkaitan
Polis pertahan guna Akta Hasutan terhadap pengguna TikTok
2 jam lalu· Isu semasa
Kes tular pemandu bas riba kekasih: Pasangan dipenjara, didenda RM5,000
3 jam lalu· Isu semasa
Seorang didakwa, lima dikompaun kes berita palsu isu minyak: MCMC
18 jam lalu· Isu semasa
Pemandu bas, teman wanita direman kes video tular riba sambil memandu
April 16, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ekonomi Malaysia diunjur tumbuh 5.3 peratus pada suku pertama 2026
3 jam lalu · Isu semasa
Inflasi Malaysia naik 1.7 peratus pada Mac: DOSM
3 jam lalu · Isu semasa
Kapal minyak Malaysia hampiri perairan negara dari Selat Hormuz: PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Ringgit terus mengukuh, pasaran tunggu data KDNK suku pertama
7 jam lalu · Isu semasa
Pelaburan RM2 bilion perkasa usahawan bumiputera: Anwar
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok