Fahmi: Jawatankuasa baharu pantau keselamatan dalam talian

January 14, 2026 · Isu semasa

Kerajaan memperkukuh langkah menjadikan internet lebih selamat apabila Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengumumkan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian kini digerakkan secara aktif bagi menangani cabaran baharu termasuk teknologi kecerdasan buatan (AI).

Fahmi berkata sudah mengadakan pertemuan bersama jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Seri Hasnah Omar Hashim, selain mesyuarat bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said.

Fokus perbincangan adalah untuk memastikan jawatankuasa berkenaan dapat segera memahami landskap risiko semasa dunia digital.

“Jawatan kuasa ini akan membantu kerajaan mentakrifkan dengan jelas apa yang dimaksudkan sebagai kemudaratan dalam talian, supaya tindakan penguatkuasaan oleh MCMC dapat dibuat secara adil, teliti dan bebas,” katanya pada sidang media mingguan hari ini.

Menurut Fahmi, antara perkara utama yang dibincangkan termasuk usaha penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian yang dijadual berkuat kuasa pada 1 Januari 2026, pelaksanaan proses ‘regulatory sandbox’ melibatkan platform media sosial, serta tindakan yang telah diambil terhadap Grok, aplikasi AI yang dibangunkan oleh syarikat X.

Beliau menegaskan matlamat utama inisiatif ini adalah melindungi kanak-kanak dan keluarga daripada kandungan berbahaya, penipuan digital dan penyalahgunaan teknologi AI.

“Kita mahu jawatankuasa ini berfungsi dengan cermat dan bebas, demi memastikan internet yang lebih selamat untuk semua,” katanya.

Isu keselamatan dalam talian sebelum ini beberapa kali mencetuskan tindakan mahkamah di Malaysia.

Antara kes yang menjadi perhatian ialah pendakwaan terhadap individu dan pentadbir media sosial yang didakwa menyebarkan kandungan berunsur kebencian, fitnah serta menyentuh isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja).

Mahkamah juga pernah mengarahkan penyingkiran kandungan tertentu serta menjatuhkan denda di bawah undang-undang sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Latar belakang kes-kes ini menunjukkan keperluan mendesak kepada kerangka perundangan dan pengawasan yang lebih jelas, sejajar dengan perkembangan teknologi.

Dengan penglibatan bekas tokoh kehakiman dan fokus kepada AI, kerajaan dilihat serius untuk ‘level up’ pendekatan keselamatan digital negara.

Berita berkaitan
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
5 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
6 jam lalu· Isu semasa
MCMC perkukuh pertahanan siber, jalin kerjasama dengan NACSA
8 jam lalu· Isu semasa
MCMC saman Google RM600 juta isu kandungan berbahaya di YouTube
8 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
3 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
3 jam lalu · Isu semasa
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
8 jam lalu · Isu semasa
192,869 kes scam, lebih RM7 bilion wang rakyat lesap
8 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah larang pihak terlibat ulas kes Shuhaily
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
22 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok