Fahmi ketuai delegasi Malaysia ke sidang telekomunikasi global di Azerbaijan

November 16, 2025 · Isu semasa

Menteri Komunikasi, ahmi Fadzil, mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Sedunia 2025 (WTDC-25) yang berlangsung di Baku, Azerbaijan bermula hari ini hingga 19 November.

Persidangan yang dianjurkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) ini mengangkat tema “Universal, Meaningful, and Affordable Connectivity for an Inclusive and Sustainable Digital Future” dan dijangka dihadiri lebih 1,500 peserta termasuk ketua negara serta menteri dari seluruh dunia.

Menurut kenyataan media, Fahmi dijadual menyampaikan kenyataan nasional Malaysia pada sesi peringkat tinggi persidangan itu pada Selasa nanti.

Beliau juga akan mengadakan beberapa mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya dari negara-negara termasuk Azerbaijan, India, Brazil, Iran, dan Afrika Selatan.

“Penyertaan Malaysia dalam WTDC-25 ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan kita untuk memastikan pencalonan semula negara sebagai ahli Majlis ITU bagi penggal 2027-2030,” jelas kenyataan tersebut.

Selain itu, satu atur cara penting dalam jadual lawatan tersebut adalah pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Agensi Telekomunikasi Nasional Brazil (ANATEL).

Kerjasama ini dijangka dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala dalam sektor komunikasi dan digital.

Fahmi turut dijadual menghadiri Majlis Makan Malam khas untuk Ketua Delegasi negara ahli ITU dan akan beramah mesra bersama komuniti rakyat Malaysia yang berada di Azerbaijan.

Malaysia, yang kini memegang keahlian Majlis ITU bagi penggal 2023–2026, berperanan aktif dalam membentuk dasar strategik global serta mewakili kepentingan rantau Asia bagi memajukan telekomunikasi dan infrastruktur digital mampan.

Berita berkaitan
MA63: Kerajaan setuju serah kuasa pengurusan buangan kepada Sarawak
7 jam lalu· Isu semasa
Bekas jurufoto Utusan berdepan masalah kesihatan terima bantuan Tabung Kasih Hawana
10 jam lalu· Isu semasa
Malaysia buru penggal baharu kerusi Majlis ITU, main peranan bentuk dasar digital
10 jam lalu· Isu semasa
MCMC uji internet di 16 stesen ECRL, liputan terowong turut dipantau
November 5, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Terpedaya peraduan gores dan menang, lelaki rugi RM2,470
6 jam lalu · Isu semasa
Dewan Rakyat lulus peruntukan JPM, tujuh kementerian
7 jam lalu · Isu semasa
Bantuan RM1,000: Lebih 15,000 pemandu teksi, kereta sewa layak terima
7 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Kestabilan politik yakinkan Google labur RM61 bilion
November 5, 2026 · Isu semasa
Daiso labur RM1.2 bilion, bina hab pengedaran terbesar dunia di Malaysia: PMX
November 5, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok