Fahmi rakam ucapan takziah atas pemergian jurugambar Bernama

April 26, 2026 · Isu semasa

Fahmi Fadzil menzahirkan rasa dukacita atas pemergian jurugambar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Biro Sarawak, Muhamad Razali Nordin, yang meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak awal pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Menteri Komunikasi itu menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pengamal media yang cukup berdedikasi dan komited sepanjang hampir tiga dekad perkhidmatannya bersama agensi berita itu.

“Takziah kepada seluruh ahli keluarga, rakan-rakan seperjuangan serta sahabat handai Allahyarham. Semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini. Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Allahyarham, 54, berasal dari Batu Gajah, Perak dan memulakan kerjaya di ibu pejabat Bernama pada 1996.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah bertugas di beberapa biro termasuk Sarawak dan Selangor sebelum kembali semula ke Sarawak pada 2011 sehingga akhir hayatnya.

Rakan sekerja mengenali beliau sebagai individu yang peramah, mudah bekerjasama dan sentiasa memastikan tugasan dilaksanakan dengan baik.

Difahamkan, keadaan kesihatan Allahyarham mula merosot sejak Ramadan lalu akibat beberapa penyakit kronik termasuk masalah jantung, hati dan buah pinggang.

Beliau sebelum ini menerima rawatan di rumah sebelum dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sebagai latar belakang, Muhamad Razali juga pernah menerima bantuan melalui Tabung Kasih@HAWANA, satu inisiatif kebajikan di bawah Kementerian Komunikasi yang diwujudkan bagi membantu pengamal media yang memerlukan.

Pemergian beliau disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada dunia kewartawanan, khususnya di Sarawak, memandangkan sumbangannya yang konsisten dalam memastikan liputan berita berjalan lancar.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Ratnawaty Abdul Hai serta empat orang anak.

Berita berkaitan
Dana Inovasi Media bantu industri hadapi era AI, lindungi pekerja
November 2, 2026· Isu semasa
PH pilih pendekatan politik khidmat di Melaka, bukan hanya bersuara lantang: Fahmi
November 1, 2026· Politik
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
November 1, 2026· Isu semasa
Fahmi mahu penerima dana media kekalkan pekerja, jangan berhentikan
October 31, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Lebih 724,000 kandungan judi dalam talian diturunkan MCMC: Teo Nie Ching
November 3, 2026 · Isu semasa
MCMC siasat akaun Facebook hina Sultan Selangor
November 3, 2026 · Isu semasa
Sistem cukai mesti adil, golongan kaya tidak boleh terlepas: PMX
2 jam lalu · Isu semasa
Malaysia tiada komitmen ekstradisi Zakir Naik ke India: Saifuddin
4 jam lalu · Isu semasa
Anwar beri amaran risiko serangan siber terhadap Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok