Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima tamparan hebat apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengambil tindakan tatatertib.
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mendedahkan bukti kukuh berhubung penggunaan dokumen palsu yang melibatkan tujuh pemain warisan Malaysia, sekali gus mendedahkan percanggahan ketara dalam salasilah keluarga yang dikemukakan.
Dalam laporan rasmi yang ditandatangani Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FIFA, Jorge Palacio, badan induk bola sepak dunia itu menegaskan wujudnya perbezaan yang ketara antara sijil kelahiran asal yang diperoleh mereka dengan dokumen yang diserahkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
“Jawatankuasa ingin menegaskan bahawa sijil kelahiran asal menunjukkan perbezaan ketara berbanding dokumen yang diserahkan,” kata Palacio dalam kenyataan rasmi keputusan tersebut.
Antara kes yang diketengahkan termasuklah pemain tengah kelahiran Belanda, Hector Hevel.
Dokumen FAM mendakwa datuk pemain itu dilahirkan di Melaka, namun sijil asal FIFA menunjukkan tempat lahir sebenar adalah di The Hague, Belanda.
Situasi serupa membabitkan Jon Irazabal, di mana datuknya didakwa berasal dari Kuching, Sarawak, tetapi rekod asal mengesahkan kelahiran di Villa de Guernica, Sepanyol.
Pemain-pemain lain yang terlibat termasuk Gabriel Palmero, Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Javier Machuca, dan João Figueiredo, dengan tempat lahir datuk atau nenek mereka yang dinyatakan oleh FAM tidak sepadan dengan rekod asal FIFA dari Sepanyol, Argentina, dan Brazil.
Akibat kesalahan melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkaitan pemalsuan dokumen, FAM dikenakan denda sebanyak RM1.8 juta.
Setiap pemain yang terlibat pula didenda RM11,000 dan digantung 12 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak.
Laporan FIFA turut memetik pengakuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang mengesahkan pihak berkuasa Malaysia tidak pernah menerima sijil kelahiran asal untuk disahkan, sebaliknya hanya mengeluarkan salinan berdasarkan maklumat sekunder.
“Pengakuan ini menunjukkan proses pengesahan kerajaan Malaysia mungkin tidak berasaskan dokumen asal, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap ketelitian prosedur verifikasi FAM,” tegas laporan itu.
Keputusan ini berpotensi membatalkan keputusan perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 Malaysia dan menyerahkan mata kepada pasukan lawan.
FAM mempunyai 30 hari untuk membayar denda dan tiga hari untuk memfailkan rayuan.
Aminuddin gesa tindakan tegas terhadap pihak hina institusi diraja
RCI Tabung Haji: Kerajaan buat keputusan Rabu ini
CTPR: MCMC perkukuh kapasiti kawal selia digital Malaysia, ASEAN
Jangan heret istana dalam politik : Istana Negeri Sembilan
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?