FINAS, TikTok Malaysia lancar Program Belia Kreatif

May 24, 2026 · Isu semasa

Kementerian Komunikasi menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) hari ini melancarkan Program Belia Kreatif Komuniti MADANI sebagai usaha memperkasa bakat muda dalam industri kreatif digital dan penciptaan kandungan.

Program itu dirasmikan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sempena penutupan Hari Belia Negara 2026 peringkat Wilayah Persekutuan di Pavilion Bukit Jalil.

Menurut Fahmi, golongan belia kini memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi digital negara dan pembangunan industri kreatif tempatan.

“Belia bukan sekadar pengguna teknologi, tetapi pencipta idea, kandungan dan inovasi yang mampu membawa naratif Malaysia MADANI ke peringkat lebih tinggi,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan pelancaran Dana Pemangkin Generasi MADANI yang memberi fokus kepada pembangunan kandungan kreatif seperti telefilem, dokumentari dan filem pendek berteraskan aspirasi belia.

Permohonan dana itu akan dibuka sepanjang Jun depan.

Selain itu, FINAS turut menyerahkan Surat Setuju Terima (SST) Program Reel MADANI@Kampus kepada 15 institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi menggalakkan pelajar menghasilkan kandungan video pendek kreatif dan berkualiti.

Turut berlangsung pada majlis tersebut, pertukaran Letter of Intent (LoI) antara FINAS dan TikTok Malaysia yang menandakan kerjasama strategik untuk membangunkan ekosistem pencipta kandungan digital tempatan.

Kerjasama itu dijangka membuka lebih banyak peluang kepada anak muda memasarkan karya kreatif mereka ke peringkat antarabangsa menerusi platform digital.

Sebelum ini, kerajaan melalui Kementerian Komunikasi giat memperluaskan sokongan terhadap industri kreatif tempatan selaras perkembangan ekonomi digital dan peningkatan pengaruh media sosial dalam kalangan generasi muda.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Bahria Mohd Tamil, Pengerusi FINAS, Hans Isaac dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Azmir Saifuddin Mutalib.

Berita berkaitan
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
2 jam lalu· Isu semasa
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
2 jam lalu· Isu semasa
Pengurangan duti hiburan bukan galak hedonisme, jana ekonomi kreatif: Fahmi
3 jam lalu· Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
19 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
5 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
5 jam lalu · Isu semasa
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
19 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
19 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok