Garis masa pelaksanaan rasionalisasi subsidi sedang diperhalusi: Fahmi

July 21, 2025 · Isu semasa

Pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 mungkin dianjakkan sedikit selepas beberapa perkara sedang diperhalusi kerajaan, kata Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi itu berkata garis masa pelaksanaan rasionalisasi itu akan ditentukan semula selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak mahu melihat kesan yang akan membebani rakyat sekiranya ia diteruskan nanti.

“Sedang diperhalusi. Penelitian itulah yang menganjakkan sedikit garis masa (rasionalisasi subsidi RON95) tersebut,” katanya semasa sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Kedua Amir Hamzah Azizan berkata, rasionalisasi subsidi RON95 akan dilaksanakan pada separuh kedua 2025.

Amir Hamzah berkata, Kementerian Kewangan akan meneruskan proses pelaksanaan rasionalisasi RON95, namun pada ketika ini fokus tertumpu kepada perbincangan bagi memastikan golongan yang akan menerima sokongan subsidi dikenal pasti dengan tepat.

Mengulas lanjut, Fahmi turut mengambil contoh pelaksanaan beberapa dasar sebelum ini seperti subsidi diesel dan ikhtiar lain yang dilaksanakan kerajaan memerlukan penelitian dari segi mekanisme penyalurannya serta tidak mempunyai kesan negatif kepada rakyat.

“Kalau kita lihat dalam isu peluasan skop SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) juga, ada beberapa perkara yang telah diteliti setelah diumumkan, maka beberapa penyesuaian dilaksana.

“Samalah juga dengan dasar-dasar yang belum dilaksana tetapi telah dibayangkan atau disebut sebelum ini mengenai RON95,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
14 jam lalu· Politik
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
September 20, 2026· Isu semasa
Sabah, Sarawak dan seluruh Malaysia perlu maju bersama: Fahmi
September 16, 2026· Isu semasa
Harga minyak tanpa subsidi naik 35 sen susulan ketegangan Asia Barat: MOF
September 16, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
6 jam lalu · Isu semasa
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
11 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
13 jam lalu · Isu semasa
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
15 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok