Gerakan ‘Pendekar Madani’ untuk pupuk belia berdisiplin dan berakhlak: Anwar

September 16, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim, menggesa semua sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT), dan institut pendidikan guru (IPG) di seluruh negara menyokong dan menggerakkan penubuhan kegiatan ‘Pendekar Madani’ bagi melahirkan lebih ramai pesilat dalam kalangan belia.

Perdana Menteri yakin usaha itu bukan sahaja dapat mengangkat martabat seni mempertahankan diri tradisi, malah menyatukan semangat anak muda dengan satu matlamat bersama.

“Saya percaya Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) akan membantu menggerakkan kegiatan ini ke sekolah-sekolah, seterusnya ke IPT dan IPG, sebagai kegiatan yang menyatukan semangat anak muda,” ujarnya ketika berucap di Himpunan Pendekar Madani di Kampus Politeknik Seberang Perai (PSP) hari ini.

Anwar menekankan semangat ‘Pendekar Madani’ tidak bermatlamat untuk menanam sifat angkuh atau sombong, sebaliknya bagi melatih generasi muda menjadi individu berdisiplin, beradab, dan saling menghormati.

“Kita adalah satu bangsa, satu budaya. Seni pertahanan diri ini untuk melatih anak-anak bangsa kita. Kita pastikan semua sekolah mendukung semangat ini,” tegasnya lagi.

Pada majlis tersebut, Anwar mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk menggerakkan kegiatan ‘Pendekar Madani’ di semua badan seni silat seluruh negara.

Menurutnya, seni silat mampu memupuk nilai-nilai murni serta membentuk generasi yang bencikan kezaliman, penindasan, dan perbuatan membuli.

“Hebatnya orang Melayu kerana semangat dan disiplin, tahu adab, tahu akhlak, tahu hormat-menghormati sesama bangsa serta bukan Melayu,” jelasnya.

Anwar turut dianugerahkan gelaran Imam Khalifah Agong ‘Sri Tri Buana Simanjakini Gangga Chula Sakti’ oleh Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia pada program tersebut.

Berita berkaitan
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
2 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
6 jam lalu· Politik
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
22 jam lalu· Isu semasa
Parlimen: Speaker beri Takiyuddin tempoh hingga esok tarik balik ‘munafik’
October 21, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
October 23, 2026 · Isu semasa
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
2 jam lalu · Isu semasa
Kes cabul anak pegawai kanan polis: Arkitek bergelar Datuk dihadapkan ke mahkamah
6 jam lalu · Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
6 jam lalu · Isu semasa
Belanjawan 2027: STR, SARA RM16 bilion kekalkan kuasa beli rakyat
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok