Parlimen: Speaker beri Takiyuddin tempoh hingga esok tarik balik ‘munafik’

October 21, 2026 · Politik

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul mengarahkan Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan menarik balik perkataan “munafik” yang ditujukan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika perbahasan di Dewan Rakyat.

Johari berkata, Takiyuddin diberi tempoh sehingga esok untuk mematuhi arahan itu, sama ada dengan menarik balik perkataan berkenaan secara lisan di Dewan Rakyat atau mengemukakan penjelasan bertulis kepadanya.

“Setelah saya membaca hansard, dan inilah keputusan saya.

“Walaupun kedua-dua (Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan Takiyuddin) tiada dalam dewan hari ini, saya minta Kota Bharu tarik balik perkataan yang diungkapkan, saya beri tarikh hingga esok,” katanya.

Beliau turut memberi amaran Rayer boleh meneruskan usul berhubung perkara itu sekiranya Takiyuddin gagal mematuhi arahan dalam tempoh ditetapkan.

Keputusan itu dibuat selepas Rayer membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(4) yang melarang Ahli Parlimen menggunakan bahasa kurang sopan ketika persidangan berlangsung.

Isu berkenaan tercetus ketika perbahasan Belanjawan 2027 apabila Takiyuddin menggunakan perkataan “munafik”, yang membawa maksud hipokrit, ketika mengulas mengenai Anwar.

Kenyataan itu mencetuskan pertikaian antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, sekali gus mendorong pihak kerajaan membangkitkan soal penggunaan bahasa yang dianggap tidak sesuai dalam Dewan Rakyat.

Johari sebelum ini turut mengingatkan semua Ahli Parlimen supaya lebih berhati-hati ketika memilih perkataan semasa berbahas bagi mengelakkan kontroversi yang boleh mengganggu kelancaran persidangan.

Berita berkaitan
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
12 jam lalu· Politik
PN akan rayu pembatalan pendaftaran kepada KDN: Takiyuddin
October 20, 2026· Politik
RM4.3 bilion aset mafia korporat dibekukan sejak 2022: PMX
October 20, 2026· Isu semasa
PMX: Tiada campur tangan dalam siasatan Zetrix AI, FELDA
October 20, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
4 jam lalu · Politik
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
11 jam lalu · Politik
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
11 jam lalu · Politik
Adly: PH tidak tanding semua kerusi di Melaka
12 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PAS sedia guna lambang bulan selepas PN dibatalkan RoS
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok