Geran khas Sarawak diumum naik RM1.5 bilion: PMX

September 16, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan geran khas interim untuk Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion setahun, berbanding RM600 juta sebelum ini, berkuat kuasa tahun ini.

Pengumuman itu dibuat pada Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi, ketika isu hak dan kepentingan Sabah serta Sarawak terus menjadi antara agenda utama hubungan Kerajaan Persekutuan dengan kedua-dua negeri berkenaan.

Anwar berkata peningkatan tersebut mencerminkan semangat setiakawan serta hasil rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak.

“Sebelum ini saya sudah umum untuk Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion.

“Atas semangat setiakawan, persahabatan dan semangat Malaysia, malam ini saya umum untuk Sarawak RM1.5 bilion juga. Itu adalah hasil persahabatan dan rundingan yang baik,” katanya.

Pada masa sama, Anwar berkata rundingan dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak akan diteruskan bagi memuktamadkan formula yang lebih mampan untuk menentukan kadar Pemberian Khas tahunan pada masa depan.

Langkah itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Persekutuan memperkukuh hubungan dengan kedua-dua negeri Borneo, khususnya dalam isu berkaitan hak Persekutuan dan negeri seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Mengenai isu berbangkit dalam hubungan antara negeri dan Persekutuan, Anwar berkata setiap permasalahan boleh diselesaikan melalui semangat kesatuan dan rundingan.

“Tiada masalah yang tidak boleh direlai dan diselesaikan,” katanya.

Beliau turut menggesa PETRONAS dan Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) bekerjasama dalam membangunkan sektor minyak dan gas negara, dengan kedua-dua pihak menghormati bidang kuasa serta undang-undang masing-masing.

Menurutnya, kesepakatan antara PETRONAS dan PETROS penting bagi memastikan pembangunan industri minyak dan gas dapat diteruskan tanpa menjejaskan kepentingan negeri dan Persekutuan.

“Kita mengambil keputusan supaya perjanjian komersial antara PETRONAS dan PETROS disegerakan dan dimuktamadkan. Tidak ada sebab mengapa hal ini tidak diselesaikan,” katanya.

Pengumuman itu dibuat di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg serta Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor.

Peningkatan geran khas tersebut menambah satu lagi perkembangan penting dalam rundingan antara Putrajaya dengan Sarawak berkaitan kedudukan negeri itu dalam Persekutuan, ketika kerajaan terus menekankan penyelesaian isu MA63 melalui rundingan dan kerjasama.

Berita berkaitan
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
1 jam lalu· Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
1 jam lalu· Politik
Pengampunan Najib: PH tegaskan tiada siapa mengatasi undang-undang
September 18, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
September 20, 2026 · Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
September 20, 2026 · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
8 jam lalu · Isu semasa
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
September 19, 2026 · Isu semasa
Bil elektrik boleh turun hingga RM47 sebulan mulai Oktober: TNB
September 18, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok