Glamping with Pride: Sultan Selangor bertitah bantah sebarang aktiviti LGBT

January 12, 2026 · Isu semasa

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan bantahan keras terhadap sebarang aktiviti yang mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Selangor, termasuk penganjuran program dikenali sebagai ‘Glamping with Pride’.

Pendirian tegas itu disampaikan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Mufti Selangor ketika sesi menghadap di Istana Bukit Kayangan, susulan perancangan penganjuran program berkenaan di Hulu Langat pada 17 dan 18 Januari ini.

Menurut kenyataan bersama MAIS dan Mufti Selangor, baginda tidak berkenan sebarang bentuk festival, perarakan, aktiviti, sambutan atau promosi yang berkait dengan gaya hidup songsang LGBT di mana-mana daerah di negeri ini.

“Walaupun perbuatan ini melibatkan dosa individu dengan Allah SWT, ia melangkaui batas fitrah dan boleh mengundang kemurkaan serta laknat Allah SWT ke atas negeri ini,” menurut kenyataan itu.

Sultan Selangor juga menolak penubuhan sebarang persatuan, kelab, pertubuhan atau NGO yang berkaitan dengan LGBT di Selangor.

MAIS dan Mufti Selangor turut menyatakan bahawa Islam dengan jelas mengharamkan amalan songsang LGBT yang disamakan dengan perbuatan kaum Nabi Luth.

“Perbuatan ini dimurkai Allah SWT dan telah mengundang azab ke atas kaum Nabi Luth, seperti yang disebut dalam surah al-A’raf ayat 84,” menurut kenyataan berkenaan.

Selain itu, sebarang usaha untuk mempromosi atau menormalisasikan gaya hidup LGBT disifatkan bercanggah dengan maqasid syariah, khususnya dalam aspek menjaga keturunan.

Ia juga dilihat sebagai ancaman kepada akidah umat Islam kerana menghalalkan perkara yang jelas diharamkan oleh agama serta bertentangan dengan fitrah manusia.

MAIS menegaskan umat Islam, terutamanya golongan remaja, tidak seharusnya terpengaruh dengan budaya barat atas alasan kebebasan hak asasi manusia.

“Tidak semua kebebasan hak asasi boleh diterima sekiranya ia bercanggah dengan ajaran Islam,” katanya.

Susulan itu, MAIS dan Mufti Selangor menggesa Polis Diraja Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan supaya tidak mengeluarkan permit serta menghalang penganjuran program berkenaan.

Jabatan Agama Islam Selangor, PBT dan PDRM juga diminta memperketat pemantauan dan mengambil tindakan mengikut undang-undang bagi memastikan titah Sultan Selangor dipatuhi.

Berita berkaitan
Polis pertahan guna Akta Hasutan terhadap pengguna TikTok
April 17, 2026· Isu semasa
Kes tular pemandu bas riba kekasih: Pasangan dipenjara, didenda RM5,000
April 17, 2026· Isu semasa
Pemandu bas, teman wanita direman kes video tular riba sambil memandu
April 16, 2026· Isu semasa
Keputusan kes saman barang kemas Rosmah ditetapkan 10 Jun
April 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Had umur 16 tahun bukan untuk sekat kebebasan bersuara: Fahmi
April 18, 2026 · Isu semasa
PMX umum peruntukan pembangunan untuk Kelantan naik RM8 bilion
4 jam lalu · Isu semasa
Cadangan kekalkan kuota BUDI95 kepada pengamal media akan dibincang: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
Petronas boleh runding dapatkan bekalan minyak dari Rusia: Anwar
5 jam lalu · Isu semasa
Hanya 15 peratus rakyat beli diesel pada harga pasaran: PMX
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok