Dr Muhamad Akmal Saleh.
Dr Muhamad Akmal Saleh, menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya mengambil langkah membatalkan penganjuran Water Music Festival yang dijadual berlangsung pada 1 hingga 3 Mei di kawasan Bukit Bintang, dengan alasan ia membazirkan sumber air ketika negara berdepan isu bekalan.
Menurut Ketua Pemuda UMNO itu, tindakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia menganjurkan pesta berasaskan air dilihat tidak selari dengan usaha kerajaan yang sedang giat melaksanakan pembenihan awan bagi meningkatkan kapasiti bekalan air di beberapa kawasan terjejas.
“Kepada Perdana Menteri, sebelum ini semua rumah terbuka kementerian dibatalkan atas alasan penjimatan.
“Kami boleh terima walaupun program itu beri manfaat kepada rakyat dan peniaga kecil,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mempersoalkan rasional penganjuran festival tersebut, sambil menyifatkan ia bercanggah dengan dasar penjimatan yang sedang ditekankan kerajaan.
“Kenapa pesta air ini tidak dibatalkan sekali? Adakah ia lebih penting daripada rumah terbuka? Adakah langkah penjimatan tidak terpakai dalam hal ini?” katanya lagi.
Akmal turut menyentuh usaha pembenihan awan yang sedang dijalankan bagi menangani kekurangan air, dan menyifatkan penganjuran acara berunsur pembaziran air sebagai tidak wajar.
“Kerajaan sibuk tambah kapasiti air, tetapi kementerian pula anjur program yang jelas membazirkan air,” ujarnya.
Pada masa sama, beliau meminta pandangan pihak berautoriti agama berhubung isu tersebut, termasuk pendirian Menteri Agama dan Mufti Wilayah.
“Mohon Perdana Menteri batalkan pesta ini. Ia cadangan yang tidak masuk akal,” katanya, sambil mengkritik keras kepimpinan kementerian berkenaan.
Program Ziarah Kasih: Fahmi santuni warga emas, pesakit terlantar di Seri Menanti
62 NADI Negeri Sembilan tawar latihan AI percuma
Hubungan diplomatik baik, politik stabil jamin bekalan tenaga: PMX
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi