Golongan belia dominasi kes HIV baharu tahun lalu: KKM

August 7, 2025 · Isu semasa

Golongan belia berusia 20 hingga 39 tahun menyumbang 75 peratus daripada 3,185 kes HIV baharu yang direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) pada tahun 2024.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, trend ini menunjukkan perubahan ketara berbanding 35 tahun lalu ketika wanita hanya mewakili satu peratus kes berbanding lelaki 99 peratus.

“Pada 2024, nisbah jantina pesakit HIV menunjukkan 90 peratus lelaki dan 10 peratus wanita. Walaupun kadar jangkitan menurun 50 peratus antara 2000 hingga 2009, penurunan menjadi perlahan sejak 2010 dengan hanya 27 peratus,” jelasnya dalam jawapan bertulis kepada Tan Kok Wai (PH-Cheras).

Beliau memaklumkan perubahan corak jangkitan daripada perkongsian jarum suntikan dadah kepada transmisi seksual yang kini menyumbang 96 peratus kes, dengan 64 peratus melalui hubungan homoseksual/biseksual dan 32 peratus heteroseksual.

“Terkini, punca jangkitan HIV adalah melalui seksual iaitu 96 peratus pada tahun lalu, di mana 32 peratus jangkitan adalah secara heteroseksual dan 64 peratus homoseksual/biseksual,” katanya.

Data terkini menunjukkan kadar notifikasi HIV berada pada 9.4 kes bagi setiap 100,000 penduduk tahun lalu.

Berita berkaitan
Portal KKM ditutup sementara, tiada tanda kebocoran data kritikal
June 30, 2026· Isu semasa
Portal rasmi KKM diserang penggodam
June 27, 2026· Isu semasa
Warga Rohingya tetap bayar caj rawatan, tiada subsidi diberikan: Dr Dzulkefly
June 15, 2026· Isu semasa
Kerajaan tanggung kos pos ubat 80,000 pesakit mulai Julai: Fahmi
June 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
9 jam lalu · Isu semasa
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
15 jam lalu · Isu semasa
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
15 jam lalu · Isu semasa
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
17 jam lalu · Isu semasa
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
8 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok