GRS tak bawa banyak perubahan di Sabah, Hajiji tipu saya: Bung Moktar

September 3, 2025 · Politik

Bung Moktar Radin mengkritik kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diketuai Ketua Menteri, Hajiji Noor yang didakwanya tidak membawa banyak perubahan di negeri bawah bayu itu.

Pengerusi UMNO Sabah itu berkata prestasi kerajaan negeri diketuai Hajiji tidak boleh dibanggakan apabila rakyat dibawah masih mengadu masalah kemudahan asas seperti jalan raya berlubang, masalah bekalan air dan elektrik yang berpanjangan tidak ada penyelesaian sehingga hari ini.

“Terus terang, saya bukan tidak suka sama dia sebab kami berkawan. Tetapi kepimpinannya tidak membawa banyak perubahan kepada kemakmuran negeri Sabah,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Bung Moktar menambah, “Dia gunakan slogan Sabah Maju Jaya. Di atas besar Sabah Maju Jaya tapi di bawah jalan raya berlubang. Air tidak ada. Api elektrik satu hari lapan kali mati. Jadi, kalau ini kepimpinan dia dan dia menawarkan diri lagi, saya rasa rakyat Sabah telah bijak menilai pemimpin mana yang mereka perlu angkat untuk membawa Sabah.”

Bung Moktar juga mendedahkan insiden selepas Hajiji mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 29 September 2020 apabila memungkiri janji pada awalnya kerana tidak melantik dirinya sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Menteri Kerja Raya sebaliknya hanya memberi jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Hari pertama dia sudah tipu saya. Dan saya pada ketika itu, saya tidak reda, tetapi saya angkat sumpah sebab di depan Tuan Yang Terutama, depan istana, dalam istana.

“Tapi selepas saja angkat sumpah, TYT berangkat balik, saya balik ke rumah saya, saya telefon Hajiji, ‘you tak tukar dalam masa sejam kami BN (Barisan Nasional) akan bubar ini kerajaan kami akan tarik diri.’ Kemudian dia tukar,” dakwanya.

Bung Moktar mendakwa Hajiji meneruskan “penipuan demi penipuan” yang akhirnya mendorong UMNO dan BN keluar daripada kerajaan GRS pada 2022.

Beliau mendakwa jika UMNO kekal dalam pentadbiran kerajaan GRS, ia mungkin mendedahkan pemimpin mereka dalam pelbagai skandal, termasuk perjanjian penerokaan mineral yang kontroversi.

Pilihan Raya Negeri Sabah, yang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 7 Disember 2025, dijangka menyaksikan pertukaran pakatan politik dan pertandingan pelbagai penjuru.

GRS diramal akan bertembung dengan BN meskipun pernah membentuk pakatan “cinta segi tiga” bersama Pakatan Harapan (PH).

Berita berkaitan
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
7 jam lalu· Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
UMNO-BN tak berganjak, terus sokong kerajaan hingga akhir penggal: Khaled
August 17, 2026· Politik
Amanah tampil bela penerima LOD dihantar Asyraf Wajdi berkait isu Tabung Haji
August 17, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
2 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
6 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
7 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok