Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual

April 30, 2026 · Isu semasa

Mahkamah Majistret Tenom memerintahkan pendakwah terkenal Ebit Irawan Lew untuk membela diri atas 11 pertuduhan gangguan seksual selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Majistret Nur Asyraf Zolhani berkata keputusan itu dibuat selepas menilai keseluruhan keterangan saksi serta hujahan kedua-dua pihak sepanjang perbicaraan.

“Mahkamah mendapati satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan ke atas tertuduh,” katanya dalam prosiding hari ini.

Perbicaraan kes ini bermula sejak September 2022 dan menyaksikan seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Ebit Lew, 41, didakwa melakukan kesalahan termasuk menghantar mesej berunsur lucah melalui aplikasi WhatsApp kepada seorang wanita berusia lingkungan 40-an antara Mac hingga Jun 2021.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 13 hingga 16 Oktober ini sebagai tarikh bagi pembelaan.

Peguam Ram Singh memaklumkan pihaknya akan memanggil antara tujuh hingga 10 saksi, selain tertuduh sendiri akan memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi.

Kes ini mendapat perhatian meluas sejak ia didedahkan, memandangkan Ebit Lew dikenali sebagai tokoh dakwah dan aktivis kebajikan yang sering terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara.

Popularitinya di media sosial turut menjadikan perkembangan kes ini tumpuan orang ramai.

Di luar mahkamah, Ram Singh berkata pihak pembelaan menghormati keputusan tersebut.

“Kita berharap kes ini akan segera selesai kerana ia telah berlanjutan selama lebih empat tahun,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Nor Azizah Mohamad bersama Analia Kamaruddin dan Muhammad Hidayat Wahab.

Ebit Lew turut diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki serta Timothy Daut.

Berita berkaitan
MCMC menang tuntutan RM15.32 juta terhadap MajuBina
October 30, 2026· Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
October 29, 2026· Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
October 28, 2026· Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
October 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
6 jam lalu · Isu semasa
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
6 jam lalu · Isu semasa
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
13 jam lalu · Isu semasa
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
13 jam lalu · Isu semasa
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
16 jam lalu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok