Had umur 16 tahun pengguna media sosial perlu dilaksana, banyak kes membimbangkan: Fahmi

December 6, 2025 · Isu semasa

Kementerian Komunikasi sedang mengkaji pelaksanaan had umur 16 tahun untuk penggunaan media sosial, sebagai langkah proaktif melindungi kanak-kanak dan remaja daripada risiko eksploitasi dan kandungan tidak senonoh dalam talian.

Menterinya, Fahmi Fadzil, berkata kajian itu dibuat berikutan insiden membimbangkan yang melibatkan seorang murid berusia 10 tahun di Kuala Lumpur menghantar mesej meminta gambar tidak senonoh kepada gurunya melalui WhatsApp.

“Kita berharap isu seperti ini dapat diatasi dengan sekatan terhadap platform media sosial dan sistem pemesejan seperti WhatsApp.

“Kita bukan nak halang semua aplikasi, tetapi pada waktu ini kita lihat adalah media sosial,” jelas Fahmi selepas merasmikan Majlis Penutupan Karnival Mega Kempen Internet Selamat 2025 di Pusat Pameran dan Konvensyen IOI City Mall hari ini.

Beliau juga memberitahu kementeriannya bekerjasama rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, bagi melaksanakan Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) 2024 yang membenarkan denda sehingga RM10 juta.

“Kita akan berbincang dengan platform media sosial dalam merangka kerangka yang sesuai dengan Malaysia, contohnya proses pengesahan identiti seperti penggunaan dokumen rasmi kerajaan,” katanya sambil menyatakan pihaknya juga meneliti mekanisme pelaksanaan di negara lain seperti Australia.

Mengenai kempen kesedaran, Fahmi mengumumkan Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan diteruskan tahun depan sebagai Kempen Internet Selamat 2.0.

“Tahun depan, kita akan pergi ke sekolah seterusnya dan perluaskan lagi kempen ini dengan penglibatan lebih banyak komuniti termasuk rukun tetangga, ibu bapa serta rumah-rumah ibadat,” katanya.

Karnival tersebut berjaya menarik penyertaan 8,462 sekolah melibatkan hampir 370,000 pelajar, dan dijangka diperluas kepada institusi pengajian tinggi serta kumpulan seperti warga emas dan belia pada 2026.

Berita berkaitan
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
2 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
5 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
5 jam lalu· Isu semasa
Judi, scam: Facebook paling banyak diminta turunkan kandungan
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
2 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
7 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
7 jam lalu · Isu semasa
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
7 jam lalu · Isu semasa
DUN Negeri Sembilan lulus belanjawan tambahan RM40.35 juta
August 18, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok