Had umur media sosial 16 tahun dijangka bermula Julai

January 26, 2026 · Isu semasa

Kerajaan dijangka mula menguatkuasakan had umur minimum 16 tahun bagi penggunaan media sosial seawal Julai ini sebagai langkah melindungi kanak-kanak dan remaja daripada risiko eksploitasi serta pendedahan kepada kandungan tidak wajar dalam talian.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, inisiatif itu kini berada dalam fasa ‘regulatory sandbox’ bagi membolehkan kerajaan menguji kaedah paling sesuai sebelum dilaksanakan sepenuhnya di semua platform media sosial.

“Di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian, perbincangan dengan penyedia platform sudah dimulakan.

“Sekarang kita sedang menguji pendekatan paling berkesan, selamat dan praktikal untuk pengesahan umur,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Putra Utama, Kulai.

Menurut beliau, pelaksanaan dasar ini merupakan antara sasaran utama kerajaan tahun ini, selaras dengan usaha memperkukuh keselamatan digital golongan muda.

Kerajaan menjangkakan pelaksanaan penuh boleh bermula pada separuh kedua tahun ini, sama ada pada suku ketiga atau keempat.

Dalam jangka panjang, kerajaan turut menyasarkan semua platform media sosial melaksanakan pengesahan identiti digital atau eKYC menjelang akhir suku kedua 2026 bagi memastikan had umur minimum 16 tahun dapat dikuatkuasakan dengan lebih berkesan.

Langkah ini diperkenalkan susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap isu buli siber, penipuan dalam talian serta penyebaran kandungan berbahaya yang mudah diakses oleh kanak-kanak dan remaja.

Statistik sebelum ini menunjukkan golongan muda antara pengguna paling aktif media sosial di negara ini, sekali gus menjadikan mereka terdedah kepada pelbagai risiko digital.

Mengulas isu buli siber yang dikaitkan dengan pemain badminton negara, Toh Ee Wei, Nie Ching berkata masih belum menerima sebarang pengesahan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sama ada aduan rasmi telah dibuat.

Dalam perkembangan lain, Nie Ching berkata kerajaan memperuntukkan RM800 juta bagi Bantuan Awal Persekolahan tahun ini yang memberi manfaat kepada kira-kira 5.2 juta murid dari Tahun Satu hingga Tingkatan Enam di seluruh negara.

“Di Johor sahaja, lebih 586,000 murid menerima bantuan dengan peruntukan hampir RM88 juta. Untuk daerah Kulai, seramai 58,264 murid mendapat manfaat dengan jumlah RM8.7 juta,” katanya.

Berita berkaitan
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
12 jam lalu· Isu semasa
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
June 11, 2026· Isu semasa
Teknologi 5G berpotensi bantu PMKS lebih berdaya saing: Fahmi
June 9, 2026· Isu semasa
Soalan Lazim Siaran Langsung Piala Dunia 2026 di Saluran RTM
June 9, 2026· Rencana
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
June 11, 2026 · Isu semasa
Kadar pengangguran naik sedikit pada April: DOSM
June 11, 2026 · Isu semasa
Agong tarik balik gelaran ‘Tan Sri’ dianugerah kepada Isa Samad
June 11, 2026 · Isu semasa
Cucu dedah dakwa dirogol, warga emas direman enam hari
June 10, 2026 · Isu semasa
Malaysia teroka sumber minyak baharu, utamakan kesesuaian fasiliti tempatan
June 10, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok