Had umur pengguna media sosial akan dinaikkan: Fahmi

October 17, 2025 · Isu semasa

Kerajaan telah bersetuju secara dasar untuk menaikkan had umur penggunaan media sosial kepada 16 tahun, berbanding 13 tahun sebelum ini.

Perkara ini akan dibincangkan dengan pengendali platform media sosial dalam pertemuan di Singapura minggu depan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan menegaskancadangan ini selari dengan langkah yang telah dilaksanakan di beberapa negara seperti Australia dan Indonesia.

“Jemaah Menteri pada hari ini membincangkan cadangan untuk menaikkan had umur kepada 16 tahun.

“Had umur ini akan dikuatkuasakan melalui pendaftaran berdasarkan dokumen rasmi kerajaan seperti MyKad, pasport dan juga MyDigital ID,” jelas Fahmi pada sidang media hari ini.

Beliau turut memaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengadakan perbincangan mendalam dengan wakil platform media sosial minggu depan.

Pertemuan itu juga akan dihadiri oleh wakil dari agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NSRC).

Selain isu had umur, Fahmi menyatakan mesyuarat tersebut turut akan membincangkan tindakan terhadap pengendali platform yang membenarkan penjualan bahan berbahaya seperti senjata.

Beliau menekankan keperluan kerjasama yang lebih erat antara agensi seperti PDRM, KPDN, KKM dan MCMC.

“Saya juga mengarahkan supaya pihak MCMC meneliti keperluan untuk mengambil tindakan sekiranya pihak syarikat e-dagang tidak memberikan kerjasama yang baik,” tegasnya.

Fahmi menafikan pertemuan ini diadakan berikutan kes-kes terkini di sekolah, sebaliknya ia telah diatur susulan daripada beberapa mesyuarat sebelum ini.

Berhubung isu tanggungjawab ibu bapa, beliau memaklumkan bahawa perkara itu tidak dibincangkan dalam Kabinet dan akan diteliti oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berita berkaitan
Reman suspek tikam pelajar disambung esok: Polis
18 jam lalu· Isu semasa
Program NADI MCMC dinobat juara perkhidmatan terbaik di PMR Melaka
22 jam lalu· Isu semasa
ASEAN sepakat tangani isu media sosial: Fahmi
October 19, 2025· Isu semasa
Rakaman audio tular MB Perlis hina Raja, PAS serah kepada polis untuk siasat
October 19, 2025· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Arab Saudi tetapkan syarat kesihatan ketat untuk jemaah haji pada 2026
22 jam lalu · Isu semasa
Deepavali: Anwar tekankan kepentingan perpaduan, semangat kekitaan
22 jam lalu · Isu semasa
KDN siasat salah guna MyKad tebus bantuan SARA: Saifuddin
October 19, 2025 · Isu semasa
Anwar bidas pembangkang persenda usaha damai konflik serantau
October 19, 2025 · Isu semasa
Pasport Malaysia kedua terkuat di Asia Tenggara, setara AS
October 19, 2025 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
October 14, 2025
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa
October 14, 2025

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok