Pasport Malaysia kedua terkuat di Asia Tenggara, setara AS

October 19, 2025 · Isu semasa

Pasport Malaysia kini disenaraikan setaraf dengan pasport Amerika Syarikat (AS), menduduki tangga ke-12 bersama dalam Indeks Pasport Henley 2025 edisi Oktober, sekaligus mengekalkan statusnya sebagai pasport kedua terkuat di Asia Tenggara.

Menurut laporan terkini firma penasihat global, Henley & Partners, kedua-dua pasport Malaysia dan AS membenarkan pemegangnya melancong ke 180 destinasi di seluruh dunia tanpa memerlukan visa terlebih dahulu.

Pencapaian ini berlaku apabila pasport AS terus menunjukkan trend penurunan kekuatan aksesnya.

Pengerusi Henley & Partners, Christian H. Kaelin, menjelaskan kedudukan ini mencerminkan perubahan dinamik kuasa global.

“Kemerosotan kekuatan pasport AS sepanjang dekad lalu bukan sekadar perubahan kedudukan. Ia menandakan perubahan asas terhadap dinamik keterbukaan dan kuasa global,” katanya.

“Negara yang mengamalkan dasar terbuka dan kerjasama semakin maju, manakala mereka yang bergantung pada keistimewaan masa lalu mula ketinggalan,” tambahnya.

Walaupun Malaysia turun satu anak tangga berbanding kedudukan ke-11 pada tahun lalu, pencapaian setaraf dengan sebuah kuasa besar seperti AS telah dibanggakan ramai.

Sementara itu, jiran terdekat Malaysia, Singapura, kekal mengungguli senarai sebagai pasport paling berkuasa di dunia, membenarkan perjalanan tanpa visa ke 193 destinasi. Ia diikuti oleh Korea Selatan dan Jepun di tangga kedua dan ketiga.

Indeks Pasport Henley, yang dinilai berdasarkan data daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), terus menjadi penanda aras utama dalam mengukur kebebasan perjalanan global bagi 199 pasport di seluruh dunia.

Berita berkaitan
Amanah gesa dakwaan campur tangan asing disiasat, bukan jadi modal politik PAS
1 jam lalu· Politik
Kedutaan AS nafi dakwaan dibuat Hadi berhubung tawaran jatuhkan BN: Laporan
2 jam lalu· Politik
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026· Isu semasa
Banjir Nepal: 55 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi
August 29, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
1 jam lalu · Isu semasa
Mufti Wilayah ingatkan bahaya istilah ‘menunggang agama’
2 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
September 4, 2026 · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026 · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
September 4, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok