Anwar bidas pembangkang persenda usaha damai konflik serantau

October 19, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan sesetengah pemimpin pembangkang yang mempersendakan usaha kerajaan dalam membantu menyelesaikan konflik serantau dan global, termasuk dengan memberikannya gelaran tidak hormat ‘Perdana Menteri Telefon’.

Perdana Menteri menegaskan usaha diplomatik yang dijalankan menerusi perhubungan telefon itu telah membuahkan hasil nyata, antaranya rundingan ramai antara Kemboja dan Thailand sebelum ini yang berjaya diselesaikan secara aman.

“Ahli-ahli Parlimen ini bertindak mempermainkan dengan menyatakan ini ‘Perdana Menteri telefon’, sedangkan dengan telefon itulah kita bantu damaikan Kemboja dengan Thailand,” kata Anwar semasa ucapannya pada Majlis Perasmian Penutup Program Madani Rakyat di Politeknik Merlimau hari ini.

Beliau berkata, inisiatif komunikasi tersebut bukanlah satu gurauan, sebaliknya satu sumbangan kecil Malaysia dalam arena antarabangsa.

“Dengan telefon itulah kita menyertai usaha-usaha orang lain, melakukan usaha kecil kita bersama,” tambahnya.

Anwar turut mendedahkan usaha diplomatik Malaysia telah mendapat pengiktirafan apabila kerajaan Qatar meminta Malaysia menyokong inisiatif perdamaian antara Afghanistan dan Pakistan.

“Oleh kerana kita ada hubungan baik dengan Pakistan dan Afghanistan, diminta untuk kita menekankan, menggesa dua-dua negara ini cari jalan damai,” ujarnya.

Beliau menegaskan, sebagai sebuah negara kecil, Malaysia berbangga dapat menyumbang ke arah keamanan.

“Bukan kita hantar ke sana ratusan juta ringgit, cuma hanya bercakap, menggesa mereka membantu,’ ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Anwar menempelak sikap segelintir ahli politik yang tidak menghargai jerih payah pegawai penguat kuasa yang berusaha menyelamatkan wang negara.

Sebagai langkah menghargai khidmat penjawat awam, kerajaan akan meneruskan pendekatan rasionalisasi subsidi bagi memastikan bantuan sampai kepada kumpulan sasaran.

“Dulu kita tampung harga ayam melalui subsidi RM1.1 bilion, siapa yang dapat? Kartel ayamlah.

“Jadi kita putus tarik balik (bantuan subsidi), harga (ayam) kekal rendah dan wang itu diselamatkan dan dipulangkan balik kepada rakyat,” jelasnya.

Berita berkaitan
Kerjasama UMNO dengan DAP dalam kerajaan bersyarat: Mat Hasan
7 jam lalu· Politik
Sidang Parlimen bermula Isnin, titah Agong jadi fokus
8 jam lalu· Isu semasa
Agong bertemu PM, bincang isu negara
9 jam lalu· Isu semasa
Israk Mikraj: Solat teras keadilan, keharmonian sejagat
22 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Dicabul raba punggung dalam LRT: Polis buru lelaki berjanggut, berpelitup muka
7 jam lalu · Isu semasa
SPRM perlu pantas tangani persepsi, elak maklumat mengelirukan: Azam Baki
7 jam lalu · Isu semasa
Polis terima tiga laporan terhadap bekas wartawan FMT, Saifuddin nasihat jaga etika
8 jam lalu · Isu semasa
Bekas wartawan FMT ditahan polis selepas isu soalan kontroversi: Laporan
22 jam lalu · Isu semasa
Perolehan tentera, polis dibekukan sementara: Anwar
January 16, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] UMNO tak gadai prinsip walaupun bersama Kerajaan Perpaduan
January 16, 2026
[VIDEO] Zahid ucap tahniah kepada PMX berjaya stabilkan ekonomi dan politik negara
January 16, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok