Program NADI MCMC dinobat juara perkhidmatan terbaik di PMR Melaka

October 20, 2025 · Isu semasa

Inisiatif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diiktiraf sekali lagi dengan meraih Anugerah Perkhidmatan Terbaik semasa Program MADANI Rakyat (PMR) Melaka 2025, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Kejayaan ini menandakan satu lagi mercu tanda dalam usaha berterusan NADI untuk mendekati komuniti di seluruh negara.

Siri program yang bermula di Tawau, Sabah, ini telah menjelajah ke lapan lokasi lain, menawarkan pelbagai aktiviti interaktif yang menarik minat semua peringkat umur.

Antara tarikan utama di reruai NADI ialah pameran dron, pengalaman realiti maya (VR), aktiviti robotik STEM melalui modul Tiny Techies, serta pemeriksaan kesihatan jantung menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mudah difahami orang awam.

Golongan belia turut terlibat aktif melalui Kempen Internet Selamat (KIS) dan pertandingan e-Sukan NADI MADANI seperti Mobile Legends dan e-Football.

Perkhidmatan Pintar NADI juga berjaya menarik perhatian dengan fokus dalam lima bidang utama: Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesejahteraan Kendiri, Kesedaran, dan Inisiatif Kerajaan, bertujuan membantu masyarakat meningkatkan kemahiran digital dan sosioekonomi.

“Pengiktirafan ini membuktikan komitmen kami dalam memperkasakan rakyat melalui akses teknologi dan maklumat, selari dengan matlamat merapatkan jurang digital,” kata Ketua Pejabat NADI MCMC, Mohd Arif Adenan.

Sepanjang siri PMR tahun ini, NADI berjaya menarik lebih 10,000 ahli baharu dan disertai lebih 15,000 pengunjung yang menyertai pelbagai aktiviti interaktif di seluruh negara.

Pencapaian ini turut mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila NADI memenangi kategori ‘Capacity Building’ di World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2025 di Geneva.

Kini, dengan 1,099 pusat NADI di seluruh negara dan keahlian melebihi 1.8 juta orang, inisiatif ini terus menyokong aspirasi 1 DUN 1 NADI bagi memperluas capaian maklumat dan memperkasa komuniti digital di setiap pelosok Malaysia.

Berita berkaitan
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
16 jam lalu· Politik
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
17 jam lalu· Politik
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
18 jam lalu· Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
18 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
9 jam lalu · Isu semasa
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
15 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
17 jam lalu · Isu semasa
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
September 21, 2026 · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
September 21, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok