Hadi tak ponteng mesyuarat di rumah Muhyiddin, jadual berubah saat akhir: Laporan

January 30, 2026 · Politik

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tidak menghadiri pertemuan pemimpin parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung di kediaman Muhyiddin Yassin pada malam Khamis ekoran perubahan jadual pada saat akhir.

Menurut Setiausaha Politik Abdul Hadi, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata ketidakhadiran Ahli Parlimen Marang itu bukan bermaksud PAS tidak mengambil bahagian dalam perbincangan penting gabungan tersebut.

Sebaliknya, pandangan Abdul Hadi telah disampaikan secara bertulis kepada kepimpinan PN.

“Walaupun beliau tidak dapat hadir, pendirian dan pandangan telah disampaikan secara rasmi. Buat masa ini, PAS juga belum menerima sebarang makluman berkaitan keputusan pertemuan itu,” katanya dipetik laporan Free Malaysia Today (FMT),

Mohd Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok menambah, PAS kini menunggu mesyuarat Majlis Tertinggi PN diadakan bagi memuktamadkan perkara-perkara berbangkit, termasuk hala tuju kepimpinan gabungan itu.

“Kita mahu semua urusan dibuat secara teratur dan mengikut perlembagaan serta peraturan yang sah. Pendirian Abdul Hadi dan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man jelas, iaitu PN perlu terus diperkukuhkan,” katanya lagi.

Sebelum ini, media melaporkan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dijadualkan berlangsung pada Khamis telah dibatalkan dan digantikan dengan mesyuarat pra-majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman Muhyiddin.

Perkara itu turut disahkan oleh Tuan Ibrahim.

Difahamkan, pertemuan melibatkan ketua-ketua parti komponen PN itu merupakan perbincangan awal bagi menentukan hala tuju gabungan berkenaan, khususnya menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi yang dijangka mengesahkan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Pengerusi PN serta pelantikan pengganti baharu.

Berita berkaitan
Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya
3 jam lalu· Isu semasa
BN masih runding, keputusan kerjasama tunggu selepas mesyuarat SPR: Zahid
October 4, 2026· Politik
PRN Melaka: Amanah masih buka ruang kerjasama, tunggu ‘jodoh’ politik
October 4, 2026· Politik
Razali tegaskan masih ahli Bersatu
October 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Chean Chung sertai parti Rafizi selepas letak jawatan MP Petaling Jaya
7 jam lalu · Politik
MYEG digantung bukan isu politik: Loke
7 jam lalu · Politik
Lee Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya disahkan kosong
8 jam lalu · Politik
PN cabar RoS di mahkamah, mahu kepastian sebelum PRN Melaka
8 jam lalu · Politik
Loke kekal pendirian berundur selepas Najib pulang ke rumah
October 4, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok