Azmin dicadang kembali terajui PN Selangor

April 26, 2026 · Politik

Parti Bersatu sekali lagi mencalonkan Mohamed Azmin Ali sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, menurut presidennya Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin memaklumkan cadangan tersebut telah dihantar secara rasmi kepada kepimpinan tertinggi PN, namun keputusan muktamad masih belum diumumkan.

“Kami sudah hantar surat kepada Pengerusi PN. Untuk Selangor, nama Mohamed Azmin Ali yang kami cadangkan dan tiada nama lain,” katanya dalam sidang media selepas Konvensyen Bersatu Selangor di Shah Alam.

Beliau menegaskan Azmin merupakan calon paling sesuai berdasarkan pengalaman dan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang Selangor ketika ini.

“Sejak dahulu lagi Bersatu mempengerusikan PN Selangor, dan beliau juga Ketua Pembangkang negeri, jadi memang layak,” jelasnya.

Perkembangan ini berlaku susulan perubahan kepimpinan dalam PN selepas Muhyiddin sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi gabungan tersebut.

Pada Disember lalu, Azmin turut melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN dan Pengerusi PN Selangor, mencetuskan spekulasi mengenai hala tuju kepimpinan di negeri itu.

Dalam konteks lebih luas, Muhyiddin berkata Bersatu turut mengemukakan beberapa nama lain untuk mengetuai PN di beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak dan Sabah.

Menurutnya, pembahagian itu selari dengan amalan terdahulu di mana negeri-negeri tertentu dipimpin oleh parti komponen berbeza dalam gabungan tersebut.

“Ketika saya memimpin PN, kita sudah senaraikan calon bagi semua negeri kecuali lima negeri di utara yang dipengerusikan oleh PAS. Negeri lain kita cadangkan wakil daripada Bersatu,” katanya lagi.

Beliau kini berharap kepimpinan semasa PN dapat membuat pengesahan segera terhadap cadangan tersebut bagi memastikan struktur organisasi negeri kembali stabil menjelang perkembangan politik akan datang.

Berita berkaitan
Polis siasat hantaran Facebook hina Sultan Selangor
10 jam lalu· Isu semasa
AMK Selangor lapor polis isu hina institusi diraja di media sosial
10 jam lalu· Politik
Bersatu belum buka pintu terima bekas ahli, tak ikut jejak UMNO: Muhyiddin
April 26, 2026· Politik
Tak perlu darurat tangguh PRN: Muhyiddin
April 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
SPRM ambil keterangan bekas pembantu Rafizi esok
5 jam lalu · Politik
Keputusan kes Syed Saddiq kekal bebas atau dipenjara pada 30 Jun
7 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: PKR minta jaga BN semangat dalam Kerajaan Perpaduan
7 jam lalu · Politik
Tidak bubar DUN buat masa ini, Aminuddin terus tadbir negeri
7 jam lalu · Politik
Tindakan UMNO tarik sokongan di Negeri Sembilan demi prinsip: Akmal
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok