Hajiji lantik seorang wakil BN dalam Kabinet Sabah, 10 ADUN angkat sumpah

December 1, 2025 · Politik

Kerajaan negeri Sabah hari ini memulakan lembaran baharu dengan majlis angkat sumpah sepuluh anggota Jemaah Menteri di Istana Seri Kinabalu, petang tadi.

Kesemua tiga Timbalan Ketua Menteri dan tujuh Menteri mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, disaksikan Ketua Menteri, Hajiji Noor.

Barisan kabinet ini mencerminkan kerjasama pelbagai parti dengan tujuh wakil Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dan masing-masing satu daripada UPKO, Barisan Nasional (BN), dan Pakatan Harapan (PH).

Bertindak sebagai Timbalan Ketua Menteri I ialah Dr. Joachim Gunsalam (GRS) yang memegang portfolio Kerja Raya dan Utiliti.

Timbalan Ketua Menteri II, Masidi Manjun (GRS) mengurus Kementerian Kewangan, manakala Timbalan Ketua Menteri III, Ewon Benedick (UPKO) menerajui Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan.

Tujuh menteri lain yang turut mengangkat sumpah ialah Arifin Arif (GRS) bagi Kerajaan Tempatan dan Perumahan; Jamawi Jaafar (PH) untuk Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan; Rubin Balang (GRS) bagi Pembangunan Luar Bandar; James Ratib (GRS) mengurus Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

Turut dilantik dalam Kabinet GRS adalah Jafry Ariffin (BN) bagi Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar; Julita Mojungki (GRS) untuk Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Komuniti; serta Nizam Titingan (GRS) bagi Pembangunan Belia, Sukan dan Ekonomi Kreatif.

Hajiji berkata pembentukan ini bertujuan memperkukuh kestabilan dan agenda pembangunan negeri.

“Pembentukan Kabinet ini dijangka memperkukuh kesinambungan dasar kerajaan negeri, selain memberi tumpuan kepada agenda pembangunan infrastruktur, pengukuhan ekonomi, kebajikan rakyat serta reformasi penyampaian perkhidmatan awam,” jelas beliau.

Beliau juga memaklumkan barisan Pembantu Menteri bagi setiap kementerian dijangka diumumkan esok, selepas proses penyelarasan portfolio dimuktamadkan.

Hajiji, yang juga Pengerusi GRS, telah mengangkat sumpah bagi penggal kedua sebagai Ketua Menteri pada Ahad lalu. Kabinet baharu ini dibentuk selepas GRS memenangi 29 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 lalu, membentuk kerajaan bersama sekutu.

Berita berkaitan
BN masih runding, keputusan kerjasama tunggu selepas mesyuarat SPR: Zahid
October 4, 2026· Politik
Menjelang PRN Melaka, J-Kom perkemas strategi komunikasi tangkis berita palsu
October 4, 2026· Politik
PRN Melaka: Amanah masih buka ruang kerjasama, tunggu ‘jodoh’ politik
October 4, 2026· Politik
PRN Melaka: Johari ingatkan parti politik jaga kestabilan
October 4, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Chean Chung sertai parti Rafizi selepas letak jawatan MP Petaling Jaya
9 jam lalu · Politik
MYEG digantung bukan isu politik: Loke
9 jam lalu · Politik
Lee Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya disahkan kosong
9 jam lalu · Politik
PN cabar RoS di mahkamah, mahu kepastian sebelum PRN Melaka
10 jam lalu · Politik
Loke kekal pendirian berundur selepas Najib pulang ke rumah
October 4, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok