Penyelarasan harga subsidi RON95.
Hampir 14.8 juta daripada 16.5 juta rakyat layak menikmati harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter melalui program BUDI MADANI RON95 setakat 28 Februari 2026, menurut Kementerian Kewangan Malaysia.
Data menunjukkan lebih 88 peratus penerima telah menggunakan kemudahan itu dengan nilai jualan mencecah RM12.8 bilion, melibatkan penggunaan kira-kira 6.46 bilion liter petrol.
Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata mekanisme penggunaan MyKad memudahkan akses subsidi serta memastikan bantuan lebih stabil dan tepat kepada rakyat.
“Subsidi petrol RON95 disasarkan bagi mengurangkan ketirisan kepada warga asing, sementara rakyat terus menikmati RON95 bersubsidi pada harga RM1.99 seliter,” katanya ketika menggulung perbahasan Titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian itu di Dewan Negara.
Beliau menjelaskan walaupun had subsidi ditetapkan pada 300 liter sebulan, analisis penggunaan menunjukkan hampir 99 peratus pengguna berada di bawah paras tersebut.
Purata penggunaan sebenar hanya sekitar 100 liter sebulan, sekali gus dianggap mencukupi untuk kegunaan harian rakyat.
Selain itu, lebih 106,000 pemandu e-hailing menerima kelayakan tambahan sehingga 500 liter sebulan.
Kelayakan tersebut ditentukan berdasarkan data perjalanan sebenar dan dikemas kini setiap bulan bagi memastikan subsidi diagihkan mengikut keperluan.
Program BUDI95 turut menggunakan penyelarasan data antara Kementerian Kewangan Malaysia, Agensi Pengangkutan Awam Darat Malaysia, serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah dan Sarawak dan syarikat pengendali e-hailing.
Pemandu yang masih aktif dan memenuhi syarat ditetapkan akan menerima manfaat tambahan tanpa perlu memohon semula.
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
Kadar pengangguran naik sedikit pada April: DOSM
Agong tarik balik gelaran ‘Tan Sri’ dianugerah kepada Isa Samad
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi