Hannah Yeoh pertimbang saman fitnah isu tanah di Cheras

May 20, 2026 · Politik

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh sedang mempertimbangkan tindakan mahkamah terhadap pihak yang didakwa memfitnahnya berhubung isu penukaran status tanah di Taman Segar, Cheras.

Ahli Parlimen Segambut itu menafikan dakwaan kononnya beliau mempunyai penglibatan dalam proses menukar status tanah daripada pajakan kepada pegangan bebas dalam tempoh singkat seperti yang tular di media sosial dan portal dalam talian.

Menurut Hannah, dakwaan tersebut langsung tidak berasas malah disifatkan sebagai cubaan memburukkan namanya.

“Ini semua adalah fitnah. Saya langsung tidak terbabit dalam jawatankuasa tanah untuk menukar status ‘leasehold’ kepada ‘freehold’. Jadi dakwaan itu memang tidak benar,” katanya pada sidang media hari ini.

Kontroversi itu tercetus selepas penyelidik Akademi Tamadun Alam Melayu, Zaharah Sulaiman, mempersoalkan bagaimana sebuah rumah di Taman Segar, Cheras didakwa berjaya ditukar status tanahnya dalam tempoh singkat, sedangkan ramai rakyat khususnya orang Melayu masih menunggu lama untuk proses sama.

Isu tanah dan status pegangan bebas sering menjadi perhatian di Kuala Lumpur kerana proses penukaran melibatkan pelbagai syarat serta kelulusan pihak berkuasa negeri.

Dalam beberapa kes sebelum ini, pemilik hartanah terpaksa menunggu bertahun-tahun sebelum permohonan diluluskan.

Mengulas lanjut, Yeoh berkata dua laporan polis telah dibuat berhubung penyebaran dakwaan berkenaan dan berharap siasatan segera dijalankan.

“Saya sudah minta polis siasat perkara ini dan saya juga sedang mempertimbangkan tindakan mahkamah terhadap pihak yang menyebarkan fitnah,” katanya.

Beliau turut mendakwa pihak tertentu sengaja memainkan sentimen perkauman untuk mengelirukan masyarakat.

“Mereka tak henti-henti memainkan isu kaum sedangkan ini adalah pembohongan secara langsung,” katanya.

Berita berkaitan
Dakwaan Istana Negeri Sembilan ‘dipegang’ DAP fitnah jahat
4 jam lalu· Politik
Pasukan Peguam PH dakwa wujud asas undang-undang siasat Asyraf Wajdi
7 jam lalu· Politik
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
9 jam lalu· Politik
Netizen ‘sekolahkan’ Asyraf Wajdi, dakwaan Loke jadi MB NS makan diri
July 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Calon PH cabar calon BN berdebat depan pengundi Jeram Padang
4 jam lalu · Politik
Polemik kenyataan Sanusi: Zahid gesa henti salahkan media isu kenyataan politik
7 jam lalu · Politik
Hanya mohon sokongan pengundi awal, bukan beri arahan
7 jam lalu · Politik
PAS yang khianat, tapi kini persoal Bersatu masih mahu kekal dalam PN
9 jam lalu · Politik
PKR tidak perlu bersaing politik identiti
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
16 jam lalu
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok