Hantaran media sosial pemimpin DAP boleh cetus ketegangan, kata Kian Ming

December 23, 2025 · Politik

Kenyataan “meraikan” yang dimuat naik Yeo Bee Yin di media sosial baru-baru ini berpotensi menjejaskan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Madani, kata Ong Kian Ming.

Bekas Ahli Parlimen DAP itu berkata, perbalahan terbuka antara parti gabungan akibat kenyataan sedemikian boleh melemahkan keupayaan kerajaan untuk berfungsi dengan berkesan dalam tempoh baki kira-kira dua tahun pemerintahan.

Menurutnya, tindakan itu juga berisiko menggugat persefahaman politik yang telah dipersetujui antara PH dan BN, sama ada sebelum atau selepas pilihan raya umum akan datang.

“Siapa tahu, ini mungkin antara faktor yang mendorong BN mencari kerjasama lebih rapat dengan Perikatan Nasional menjelang pilihan raya akan datang, yang akhirnya merugikan PH dan para penyokongnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau menambah, dalam suasana perayaan Krismas, pendekatan memaafkan wajar diutamakan demi matlamat yang lebih besar.

“Semoga kita dapat memaafkan, walaupun tidak semestinya melupakan, demi perdamaian dan usaha membina Malaysia yang lebih baik untuk generasi akan datang,” katanya.

Kontroversi itu tercetus selepas Bee Yin memuat naik hantaran berbunyi “Another reason to celebrate this year end” bersama pautan berita bertajuk “No house arrest for Najib”.

Hantaran berkenaan dibuat beberapa jam selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman difailkan Najib Razak berhubung pelaksanaan Titah Adendum bagi membolehkan baki hukuman penjaranya dijalani melalui tahanan rumah.

Reaksi tersebut mengundang rasa tidak senang dalam kalangan pemimpin BN, khususnya UMNO, sehingga ada yang mengugut untuk menilai semula kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Mengulas lanjut, Kiang Ming berkata tidak wajar “mencurahkan minyak ke dalam api” dengan kenyataan yang boleh memburukkan lagi sentimen antara komuniti.

Katanya, tindakan meraikan keputusan mahkamah secara terbuka boleh dilihat sebagai tidak peka terhadap perasaan sebahagian masyarakat Melayu.

“Ada yang mungkin tidak menyokong Najib, tetapi pada masa sama tidak mahu melihat seorang bekas Perdana Menteri diaibkan. Sudah tentu mereka juga tidak selesa melihat pemimpin daripada parti yang mereka tidak gemari ‘meraikan’ keputusan itu di media sosial,” katanya.

 

Berita berkaitan
MP DAP gesa tindakan tegas berhubung isu hina simbol agama
6 jam lalu· Isu semasa
Guan Eng rayu jumlah ganti rugi kes fitnah terhadap Zuraida
March 6, 2026· Politik
DAP masih mahu RCI ditubuhkan bagi siasat dakwaan ‘mafia korporat’
March 5, 2026· Politik
Terpalit kes pukul isteri, Fahmi Zainol digugur dari Exco Pulau Pinang
March 4, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rumah bangsa UMNO terima respons positif: Mat Maslan
6 jam lalu · Politik
Mas Ermieyati dan Ronald digantung keahlian Bersatu dua penggal
20 jam lalu · Politik
AMK persoal aktivis membisu dalam isu ketegangan kaum
22 jam lalu · Politik
UMNO tidak paksa bekas ahli untuk kembali: Tok Mat
March 9, 2026 · Politik
Peguam Muhyiddin dakwa pertuduhan dibuat kabur, gagal nyata kesalahan dilakukan
March 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok