Harga elektrik dan minyak semakin menurun, rakyat nikmati manfaat: Anwar

August 5, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa rakyat kini menikmati penurunan harga elektrik dan minyak selepas pelaksanaan tarif elektrik baharu serta penyelarasan subsidi oleh kerajaan.

Beliau berkata, dakwaan pembangkang mengenai kenaikan bil elektrik pada Julai lalu ternyata tidak tepat, sebaliknya kebanyakan pengguna domestik mengalami penurunan antara 8 hingga 14 peratus.

“Faktanya, harga elektrik turun, harga minyak turun. Inilah realitinya. Walaupun ada penyesuaian tarif, bil sebenar lebih rendah. Jika ada yang bayar lebih, itu mungkin kes terpencil kerana puratanya rakyat dapat penjimatan,” jelas Anwar di Dewan Rakyat pada Selasa.

Anwar memberikan penjelasan itu sebagai jawapan kepada pertanyaan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) mengenai pengurusan hutang negara yang meningkat kepada RM1,247.6 bilion pada akhir 2024.

Perdana Menteri menegaskan bahawa kenaikan tarif elektrik hanya melibatkan sektor industri, bukan pengguna domestik. Beliau mengkritik pembangkang yang didakunya lebih menjadi “jurucakap tauke” daripada memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Kita faham jika ada isu di kawasan tertentu seperti Felda, kerajaan sedia membantu. Tetapi secara keseluruhan, rakyat mendapat manfaat penjimatan ini,” tambahnya.

Anwar turut menyentuh sikap pembangkang yang didakunya bersikap double standard kerana tidak mempersoalkan kenaikan tarif air di negeri-negeri yang mereka perintah seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Kerajaan negeri tersebut memohon kenaikan tarif air atas alasan seperti masalah hutang dan keperluan naik taraf infrastruktur. Kita hormati keputusan mereka kerana air adalah bidang kuasa negeri. Tapi kenapa isu ini tidak dibangkitkan?” soal Anwar.

Beliau menegaskan komitmen kerajaan untuk terus melindungi kepentingan rakyat dalam dasar pengurusan tenaga dan subsidi, sambil menggesa semua pihak memberikan maklumat tepat kepada orang awam.

Berita berkaitan
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
3 jam lalu· Politik
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
9 jam lalu· Isu semasa
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
11 jam lalu· Politik
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
13 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
3 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
11 jam lalu · Isu semasa
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
13 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
13 jam lalu · Isu semasa
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
September 21, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok