Harga minyak dunia naik, kerajaan kekalkan harga subsidi bagi RON95

March 11, 2026 · Isu semasa

Kerajaan mengumumkan penyelarasan harga runcit petrol dan diesel di Malaysia susulan ketidaktentuan pasaran minyak dunia yang dipengaruhi konflik di Asia Barat.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan harga bahan api meningkat secara langsung akibat lonjakan harga minyak global selepas serangan terhadap Iran yang menjejaskan kestabilan pasaran tenaga dunia.

Pada 9 Mac 2026, harga minyak mentah Brent dilaporkan melonjak sehingga AS$119 setong sebelum turun semula ke sekitar AS$90 setong, namun pasaran kekal tidak menentu berikutan perkembangan geopolitik di rantau tersebut.

Berikutan keadaan itu, harga pam RON95 dan RON97 dinaikkan sebanyak 60 sen seliter, manakala diesel di Semenanjung Malaysia meningkat 80 sen seliter.

Bagi tempoh 12 hingga 18 Mac 2026, harga runcit tanpa subsidi ditetapkan pada RM3.27 seliter bagi RON95, RM3.85 seliter untuk RON97 dan RM3.92 seliter bagi diesel di Semenanjung Malaysia.

Walaupun berlaku kenaikan harga pasaran, kerajaan menegaskan langkah perlindungan terhadap rakyat akan terus diperkukuh melalui pelbagai inisiatif subsidi bersasar.

“Bagi memastikan rakyat terus dilindungi sepenuhnya daripada impak kenaikan produk petroleum, kerajaan mengekalkan harga bersubsidi RON95 untuk rakyat pada paras RM1.99 seliter melalui inisiatif BUDI95,” menurut kenyataan kementerian itu.

Langkah sama turut diambil bagi mengawal kesan kepada kos pengangkutan dan harga barangan.

Harga diesel bersubsidi bagi sektor pengangkutan barangan di Semenanjung Malaysia dikekalkan pada RM2.15 seliter, manakala sektor pengangkutan awam darat terus menikmati harga RM1.88 seliter.

Di Sabah dan Sarawak, pemilik kenderaan diesel individu serta sektor pertanian juga tidak terjejas kerana harga diesel bersubsidi kekal pada kadar RM2.15 seliter.

Kerajaan turut meningkatkan bantuan tunai interim kepada penerima di bawah program BUDI Diesel Individu dan BUDI Diesel Agri-Komoditi daripada RM200 kepada RM300 bagi Mac 2026.

Tambahan RM100 itu akan mula disalurkan kepada penerima bermula 17 Mac.

Menurut Kementerian Kewangan, langkah ini bertujuan membantu golongan terkesan menghadapi ketidaktentuan pasaran minyak dunia yang semakin dipengaruhi ketegangan geopolitik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kerajaan kekal komited mengimbangi perlindungan kepada rakyat dengan kebertanggungjawaban fiskal dalam pengurusan subsidi negara,” jelas kenyataan itu.

Pada masa sama, pihak berkuasa akan memperketat penguatkuasaan bagi mengelakkan ketirisan dan penyalahgunaan bahan api bersubsidi yang masih lebih murah berbanding beberapa negara jiran.

Berita berkaitan
Cadangan kekalkan kuota BUDI95 kepada pengamal media akan dibincang: Fahmi
4 jam lalu· Isu semasa
Harga minyak dunia turun selepas pembukaan Selat Hormuz
10 jam lalu· Isu semasa
Seorang didakwa, lima dikompaun kes berita palsu isu minyak: MCMC
April 16, 2026· Isu semasa
Kerajaan teliti subsidi bersasar bagi diesel ikut kaedah BUDI95: Fahmi
April 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Had umur 16 tahun bukan untuk sekat kebebasan bersuara: Fahmi
April 18, 2026 · Isu semasa
PMX umum peruntukan pembangunan untuk Kelantan naik RM8 bilion
3 jam lalu · Isu semasa
Petronas boleh runding dapatkan bekalan minyak dari Rusia: Anwar
4 jam lalu · Isu semasa
Hanya 15 peratus rakyat beli diesel pada harga pasaran: PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Nahas helikopter Kalimantan Barat: Rakyat Malaysia terkorban dikenal pasti
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok