Harga minyak Malaysia kekal terendah di dunia: Amir Hamzah

September 22, 2025 · Isu semasa

Malaysia kekal sebagai antara negara yang menawarkan harga petrol RON95 paling murah di dunia, kata Amir Hamzah Azizan.

Menteri Kewangan II itu berkata harga subsidi baharu RM1.99 seliter yang akan berkuat kuasa 30 September ini akan memberi keselesaan kepada rakyat, malahan harga tanpa subsidi RM2.60 seliter juga masih jauh lebih rendah berbanding negara lain.

“Kalau kita lihat, harga RM1.99 ini memang yang paling murah.

“Sekiranya dinaikkan kepada harga pasaran, kita masih lagi tergolong antara negara dengan harga minyak terendah,” jelas Amir Hamzah dalam sidang akhbar di Jeti Pulau Betong hari ini.

Mengenai penetapan harga yang diumumkan, beliau berkata harga pasaran sebenar akan diumumkan pada tarikh tersebut berdasarkan mekanisme sistem penetapan harga petrol (EPM) dan harga minyak global.

“Walaupun harga pasaran sebenar akan diumumkan pada 30 September nanti, rakyat tidak perlu bimbang kerana mekanisme yang digunakan kerajaan memastikan harga kekal kompetitif,” ujarnya.

Ditanya sama ada harga subsidi RM1.99 itu akan diselaraskan jika harga minyak dunia jatuh, Amir Hamzah menekankan bahawa ia adalah harga tetap yang tidak akan dikurangkan.

“RM1.99 adalah harga bersubsidi, jadi ia akan dikekalkan dan tidak boleh diturunkan lagi. Alhamdulillah, kita masih boleh bersyukur kerana harga minyak di negara kita adalah antara yang terendah di dunia,” katanya lagi.

Inisiatif harga subsidi ini dilaksanakan di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95) seperti diumumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Langkah ini khusus untuk rakyat Malaysia, manakala bukan warganegara akan membayar pada harga tanpa subsidi.

Berita berkaitan
MOF belum putuskan bantuan kewangan untuk AirAsia
October 19, 2026· Isu semasa
Hampir RM11 bilion STR, SARA disalur hingga September
October 19, 2026· Isu semasa
Ekonomi Malaysia kembali rancak, pelabur semakin yakin: Amir Hamzah
October 19, 2026· Isu semasa
MoF buka ruang rayuan bantuan untuk M40 terjejas bila-bila masa
October 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengendali aplikasi TuJu mohon maaf, navigasi dijangka pulih 6 November
7 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
10 jam lalu · Isu semasa
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok