Harga minyak RM1.99 untuk penerima STR bermula tengah malam ini

September 28, 2025 · Isu semasa

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mula menikmati harga petrol RON95 pada kadar istimewa RM1.99 seliter mulai tengah malam ini, menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Harga ini lebih rendah berbanding harga pasaran semasa RM2.05 seliter.

Pelaksanaan untuk golongan B40 ini menyusuli kejayaan fasa pertama yang melibatkan kira-kira 300,000 anggota polis dan tentera.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata pelaksanaan hari pertama berjalan lancar dan berfungsi sebagai ujian tekanan terhadap sistem serta stesen minyak sebelum diperluaskan.

Inisiatif subsidi bersasar yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 22 September lalu dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan kelancaran.

Beliau menegaskan bahawa semua warganegara Malaysia yang memiliki lesen memandu aktif akan layak menikmati manfaat BUDI95 bermula 30 September ini.

Setiap individu yang layak akan menerima siling bulanan sehingga 300 liter sebulan, manakala pemandu e-hailing dikecualikan daripada had ini bagi memastikan kelangsungan pekerjaan mereka.

Bagi golongan yang tidak layak seperti bukan warganegara, mereka akan membeli RON95 pada harga tanpa subsidi yang dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.

Berita berkaitan
Diesel diterima Filipina bukan dari perut bumi Malaysia
5 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan teliti subsidi bersasar bagi diesel ikut kaedah BUDI95: Fahmi
5 jam lalu· Isu semasa
Harga diesel Sabah, Sarawak, Labuan kekal RM2.15: MOF
7 jam lalu· Isu semasa
Bekalan minyak di stesen minyak cukup hingga Jun 2026: Petronas
11 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Bekas pengarah penyelidikan IPTA ditahan kes rasuah RM1 juta: Laporan
5 jam lalu · Isu semasa
Keputusan kes saman barang kemas Rosmah ditetapkan 10 Jun
8 jam lalu · Isu semasa
Arab Saudi akan kenakan denda haji tanpa permit SR100,000
8 jam lalu · Isu semasa
IMF naikkan unjuran ekonomi Malaysia: Laporan
8 jam lalu · Isu semasa
Tindakan AS di Selat Hormuz boleh cetus perang dunia: Dr Mahathir
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok