Harga minyak RON95 kekal, kenaikan sedikit bagi RON97 dan diesel

June 25, 2025 · Isu semasa

Harga pasaran runcit bagi RON95 dikekalkan pada RM2.05 seliter walaupun harga pasaran minyak dunia meningkat.

Sementara itu, Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini juga memaklumkan harga RON97 meningkat tujuh sen seliter daripada RM3.14 kepada RM3.21 seliter bagi tempoh 26 Jun hingga 2 Julai 2025.

“Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter, manakala di Semenanjung naik sebanyak tujuh sen seliter daripada RM2.81 kepada RM2.88 seliter bagi tempoh sama.

“Seiring dengan peningkatan harga pasaran minyak dunia, kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON97 pada RM3.21 seliter, manakala harga runcit diesel di Semenanjung pada RM2.88 seliter.

“Harga runcit diesel di Semenanjung masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter,” menurut kenyataan itu.

MoF memaklumkan, penetapan harga itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kenyataan itu memaklumkan kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran serta menyelaras harga runcit petrol RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak selain menyokong kestabilan harga.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
2 jam lalu· Isu semasa
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
2 jam lalu· Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
6 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
6 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
October 23, 2026 · Isu semasa
Kes cabul anak pegawai kanan polis: Arkitek bergelar Datuk dihadapkan ke mahkamah
6 jam lalu · Isu semasa
Belanjawan 2027: STR, SARA RM16 bilion kekalkan kuasa beli rakyat
6 jam lalu · Isu semasa
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
18 jam lalu · Isu semasa
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok