Harga minyak tidak naik demi lindungi rakyat: Anwar

June 15, 2026 · Isu semasa

Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga minyak walaupun berdepan tekanan ekonomi global dan ketidaktentuan pasaran tenaga dunia kerana kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan pentadbiran negara.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, walaupun terdapat pandangan daripada pakar ekonomi yang mengesyorkan kenaikan harga bahan api bagi mengukuhkan kedudukan fiskal negara, kerajaan memilih untuk mempertahankan subsidi demi mengelakkan rakyat terbeban dengan peningkatan kos sara hidup.

Menurut beliau, cadangan menaikkan harga minyak mungkin tepat dari sudut teori ekonomi, namun kesannya kepada kehidupan harian rakyat perlu diberi perhatian.

“Kalau ikut semua ahli ekonomi kata, ‘Anwar, kalau mahu selamat ini ekonomi, harga minyak naik.’ Itu kalau ekonomi, itu betul. Tapi saya fikir, macam mana ini? Kalau rakyat naik ini harga minyak macam mana? Tak boleh, susah,” katanya ketika berucap semasa ceramah Pakatan Harapan di Bakri, Johor.

Anwar berkata, keputusan mengekalkan harga minyak pada kadar semasa dibuat selepas mengambil kira kesan langsung terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang bergantung kepada kenderaan untuk bekerja serta menjalankan aktiviti harian.

Beliau turut membandingkan keadaan Malaysia dengan beberapa negara lain yang berdepan cabaran lebih besar dalam pengurusan subsidi bahan api dan bekalan tenaga.

Menurutnya, semasa satu mesyuarat ASEAN, beliau dimaklumkan terdapat sebuah negara jiran yang terpaksa menutup ratusan stesen minyak akibat masalah bekalan, manakala beberapa negara pengeluar minyak utama dunia turut menaikkan harga bahan api mereka.

“Bagi tahu saya mana negara RM1.95? Hanya Brunei sahaja yang lebih rendah sedikit. Arab Saudi dulu minyak dia 50 sen, masa itu kita lebih seringgit. Sekarang harga minyak di Arab Saudi lebih tinggi daripada kita,” katanya.

Beliau menegaskan usaha mengekalkan harga minyak adalah bukti komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat tidak terkesan secara langsung oleh tekanan ekonomi antarabangsa.

“Yang tak bagi harga minyak naik itu kita. Pakatan Harapan terutamanya tidak mahu harga minyak naik,” katanya.

Pada masa sama, Anwar menjelaskan kerajaan berusaha mengimbangi kos pengekalan subsidi dengan memperkukuhkan hubungan ekonomi dan diplomatik bersama negara-negara kuasa besar, termasuk China, bagi menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.

Katanya, langkah tersebut penting untuk menjana pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan hasil negara tanpa perlu membebankan rakyat melalui kenaikan harga bahan api.

Beliau turut menyelar pihak yang memperlekehkan lawatan rasmi dan usaha diplomatik kerajaan ke luar negara, sedangkan pendekatan itu bertujuan membawa pulangan ekonomi yang mampu membantu mengekalkan pelbagai bentuk bantuan serta subsidi kepada rakyat.

Sejak mengambil alih pentadbiran negara pada penghujung 2022, kerajaan Perpaduan mengekalkan pelbagai subsidi bersasar bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Isu harga minyak terus menjadi antara topik utama perdebatan kerana ia memberi kesan langsung kepada harga barangan, kos pengangkutan dan perbelanjaan harian isi rumah.

Berita berkaitan
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
13 jam lalu· Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
14 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
23 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
October 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
13 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
13 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
20 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
21 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok