Harga RON95 turun kepada RM1.99 mulai akhir September

September 22, 2025 · Isu semasa

Harga runcit petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter bermula 30 September ini, mencatatkan penurunan sebanyak enam sen berbanding harga semasa RM2.05.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, mengumumkan semua warganegara Malaysia, tanpa mengira tahap pendapatan, layak menikmati harga baharu di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

“Kita putuskan untuk meletakkan kadar RON 95 daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025. Manfaat dan keistimewaan ini adalah sebagai penghargaan semangat dari Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, jadi penghargaan kepada rakyat Malaysia seluruhnya,” katanya semasa amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Bagi bukan warganegara, harga RON95 akan diletakkan pada RM2.60 seliter bermula tarikh yang sama.

Anwar turut mengumumkan pelaksanaan berperingkat bagi kelompok tertentu.

“Sebagai penghargaan, warga polis dan tentera akan mula menikmati harga RM1.99 seliter pada hari Sabtu, 27 September 2025.

“Golongan B40 yang merupakan penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah), juga boleh mula menikmatinya bermula hari Ahad, 28 September 2025,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa setiap warganegara dengan lesen memandu sah layak mendapat subsidi ini dengan had 300 liter sebulan, manakala pemandu e-hailing dikecualikan daripada had tersebut.

Mekanisme pelaksanaannya akan menggunakan MyKad untuk pengesahan.

“Tiada pendaftaran diperlukan untuk BUDI95, hanya perlu menggunakan MyKad untuk mendapat harga bersubsidi. Hampir serupa dengan proses transaksi semasa, hanya tambah satu langkah pengesahan MyKad,” ujar Anwar.

Beliau menekankan langkah ini menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya negara yang berani menurunkan harga minyak khusus untuk rakyatnya.

“Ini dasar dilakukan dalam keadaan negara masih terbeban dengan hutang yang kita warisi, tetapi ia dapat dilakukan kerana kita lihat ada tahap kecekapan yang baik, hasil lebih baik,” katanya.

Bagi memudahkan transaksi, pembaca MyKad akan disediakan di kaunter kedai dan pam minyak, manakala pengguna celik digital boleh menggunakan aplikasi seperti Touch ‘n Go dan Setel.

Berita berkaitan
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
1 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Jadikan ajaran Rasulullah panduan hidup
1 jam lalu· Isu semasa
Anwar rasmi Menara FINAS baharu, industri kreatif masuk fasa baharu
24 jam lalu· Isu semasa
Mekanisme subsidi diesel bakal ditambah baik: Armizan
August 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
August 25, 2026 · Isu semasa
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
1 jam lalu · Isu semasa
Sosma masih relevan, Ayob Khan tolak ISA dikembalikan: Laporan
1 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
August 24, 2026 · Isu semasa
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
August 24, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok