Harga RON97, RON95 dan diesel turun 10 sen mulai esok

June 30, 2026 · Isu semasa

Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel tanpa subsidi sebanyak 10 sen seliter bagi tempoh 1 hingga 8 Julai, selaras dengan penyusutan harga petroleum di pasaran antarabangsa.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, pelarasan harga itu dibuat menerusi mekanisme ‘Automatic Pricing Mechanism’ (APM) berdasarkan purata harga pasaran minyak bagi minggu sebelumnya.

Menurut kementerian, harga petrol RON97 diturunkan kepada RM4.00 seliter berbanding RM4.10 sebelum ini, manakala RON95 tanpa subsidi berkurangan kepada RM3.37 seliter daripada RM3.47 seliter.

“Diesel tanpa subsidi pula diturunkan kepada RM3.97 seliter berbanding RM4.07 seliter sebelum ini,” menurut kenyataan itu.

MoF menjelaskan, penurunan seragam sebanyak 10 sen itu didorong oleh trend harga minyak mentah global yang semakin sederhana selepas sebelum ini meningkat susulan ketegangan di Asia Barat.

Menurut kementerian, perkembangan tersebut disokong oleh pemulihan bekalan minyak global serta jangkaan bahawa rundingan bagi meredakan konflik di rantau berkenaan mampu mengurangkan risiko gangguan bekalan.

Bagaimanapun, MoF mengingatkan pasaran petroleum dunia masih berdepan ketidaktentuan berikutan faktor geopolitik, gangguan rantaian bekalan dan peningkatan kos penghantaran yang boleh mempengaruhi pergerakan harga pada masa hadapan.

Pada masa sama, pelarasan harga itu dibuat serentak dengan pelaksanaan sistem subsidi diesel bersasar menerusi program BUDI Diesel yang bermula pada 1 Julai.

Menerusi inisiatif itu, rakyat Malaysia yang layak boleh membeli diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter menggunakan pengesahan MyKad di stesen minyak yang mengambil bahagian.

“Walaupun harga runcit tanpa subsidi turun, Kerajaan Madani kekal komited memastikan mekanisme subsidi lebih berfokus dilaksanakan secara berperingkat bagi menjamin kesejahteraan rakyat,” kata kementerian.

MoF turut menegaskan pendekatan penetapan harga di bawah APM akan terus menyeimbangkan keperluan melindungi pengguna dengan usaha memastikan kedudukan fiskal negara kekal mampan.

Berita berkaitan
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
8 jam lalu· Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
9 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
18 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
October 27, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
9 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
15 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
16 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok