Hari Bersama Komuniti jadi platform MCMC beri kesedaran penggunaan internet selamat

February 16, 2026 · Isu semasa

Usaha memperkukuh kesedaran digital dalam kalangan rakyat terus dipergiat apabila diperluaskan dalam program bersama komuniti bersama masyarakat di Johor.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menganjurkan Hari Bersama Komuniti (HBK) di Taman Desa Belantik, Johor Bahru memberi tumpuan khusus kepada Kempen Internet Selamat sebagai sebahagian usaha berterusan kerajaan melindungi pengguna digital, khususnya kanak-kanak dan remaja.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hadir bagi merasmikan program tersebut dan menggesa orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah untuk memastikan penggunaan internet selamat di kalangan anak-anak.

Sepanjang 2025, sebanyak 9,666 program kempen seumpama itu dilaksanakan di seluruh negara.

HBK turut menampilkan pelbagai Perkhidmatan Pintar NADI seperti e-Sukan, Tuisyen DiLea, latihan baik pulih gajet, saringan kesihatan serta jualan produk usahawan tempatan.

Program ini juga disokong agensi kerajaan dan syarikat utiliti termasuk kaunter bantuan kebajikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Kempen Elektrik Selamat oleh Tenaga Nasional Berhad.

Sehingga Disember 2025, Perkhidmatan Pintar NADI mencatat kira-kira 1.4 juta penyertaan di seluruh negara.

Statistik itu menunjukkan permintaan tinggi terhadap pembangunan kemahiran digital dan peluang ekonomi baharu dalam komuniti setempat.

Sebagai latar belakang, NADI diwujudkan bagi memperluas akses Internet dan meningkatkan literasi digital rakyat, selari aspirasi negara untuk membina ekonomi digital yang inklusif.

Inisiatif ini juga menjadi platform penyampaian maklumat kerajaan terus kepada masyarakat akar umbi.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Malaysia, Abdul Halim Hamzah serta Ketua Pegawai Sektor Hal Ehwal Negeri MCMC, Bukhari Yahya.

Penganjuran HBK mencerminkan peranan pusat komuniti digital sebagai pemangkin pembangunan kemahiran, keusahawanan dan kesedaran teknologi dalam era digital yang semakin pantas.

Berita berkaitan
AMK kenal pasti calon muda hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan: Kamil
13 jam lalu· Politik
PH mahu menang atas kekuatan sendiri, bukan kelemahan lawan: Fahmi
14 jam lalu· Politik
PRN berasingan bukan faktor kelebihan kepada BN: Khaled
14 jam lalu· Politik
Program Ziarah Kasih: Fahmi santuni warga emas, pesakit terlantar di Seri Menanti
15 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
62 NADI Negeri Sembilan tawar latihan AI percuma
15 jam lalu · Isu semasa
Hubungan diplomatik baik, politik stabil jamin bekalan tenaga: PMX
15 jam lalu · Isu semasa
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
June 12, 2026 · Isu semasa
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
June 11, 2026 · Isu semasa
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
June 11, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok