Perutusan PMX, Anwar Ibrahim sempena Sambutan Hari Malaysia.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan sambutan Hari Malaysia setiap 16 September perlu menjadi iltizam yang sentiasa diperbaharui bagi memastikan tiada wilayah, kaum atau rakyat terpinggir daripada arus pembangunan negara.
Anwar berkata, pembentukan Malaysia berasaskan satu waad atau ikatan antara pemerintah dengan rakyat, wilayah dengan Persekutuan serta kesetiaan dengan keadilan.
Menurutnya, tarikh 16 September bukan sekadar memperingati pembentukan Malaysia, sebaliknya menjadi peringatan terhadap tanggungjawab untuk memastikan seluruh rakyat menikmati kemajuan secara adil.
“16 Sept ialah iltizam atau janji yang mesti sentiasa diperbaharui bahawa tiada wilayah dianggap terpinggir atau pinggiran, tiada kaum berasa terasing dan tiada rakyat tercicir daripada arus kemajuan,” katanya menerusi hantaran di Facebook sempena sambutan Hari Malaysia hari ini.
Anwar pada masa sama mengakui perjalanan negara tidak sentiasa berjalan seperti diharapkan, termasuk ketika isu kaum diperalatkan, jurang pembangunan antara wilayah melebar dan perbezaan dijadikan tembok pemisah.
Beliau berkata, keadaan itu perlu dijadikan iktibar supaya semangat pembentukan Malaysia terus diperkukuh menerusi keadilan, kesatuan dan pembangunan yang lebih menyeluruh.
“Laut boleh memisahkan kita tapi tidak cita-cita dan harapan kenegaraan. Selamat Hari Malaysia!” katanya.
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati pembentukan Malaysia pada 1963 melalui penyertaan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Singapura turut menyertai pembentukan Malaysia sebelum berpisah dan menjadi negara berdaulat pada 1965.
Sambutan Hari Malaysia menjadi antara wadah penting untuk memperkukuh semangat kebersamaan rakyat, selain mengiktiraf kepelbagaian sejarah, budaya dan identiti negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia.
Dalam konteks semasa, mesej mengenai pembangunan seimbang antara wilayah terus menjadi antara perkara penting dalam usaha memperkukuh hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak serta memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai rakyat di seluruh negara.
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib