Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.
Setelah dua minggu kempen yang meriah, kira-kira 1.74 juta pengundi di Sabah hari ini berpeluang menentukan masa depan negeri untuk melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.
Semua 882 pusat mengundi di seluruh negeri telah dibuka tepat pada pukul 7.30 pagi tadi, menandakan bermulanya pengundian yang bakal menentukan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga memaklumkan sebanyak 21.05 peratus pengundi telah keluar mengundi bagi PRN Sabah setakat 10 pagi hari ini.
Ini bersamaan dengan 366,917 orang orang daripada 1.7 juta pengundi berdaftar yang berhakl memilih wakil rakyat di 73 kawasan DUN.
Proses demokrasi besar-begini ini menyaksikan pertandingan sengit melibatkan 596 calon daripada 22 parti politik serta calon Bebas.
Antara kerusi yang menjadi tumpuan ialah Tulid yang menyaksikan pertembungan 14 calon, diikuti oleh Bandau, Tamparuli dan Inanam yang masing-masing mempunyai 13 penjuru.
SPR menasihati orang ramai supaya keluar mengundi awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan berikutan ramalan cuaca yang tidak menentu.
“Kami menjangkakan jumlah keluar mengundi hari ini melebihi 60 peratus, bergantung pada keadaan cuaca semasa,” kata seorang jurucakap SPR.
Pusat mengundi akan ditutup secara berperingkat bermula tengah hari, dengan penutupan penuh pada pukul 5.30 petang.
Keputusan awal dijangka mula dapat diketahui sekitar pukul 10 malam ini. Majikan juga diingatkan supaya memberi ruang yang munasabah kepada pekerja mereka untuk keluar mengundi memandangkan hari ini diisytiharkan cuti umum.
Pengundi dinasihatkan agar mematuhi prosedur pengundian, termasuk tidak menggunakan telefon bimbit dalam saluran mengundi.
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum