Jabatan Peguam Negara (AGC).
Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan tidak akan merayu isu prinsip 40 peratus pemberian khas kepada Sabah, meskipun memfailkan rayuan terhadap sebahagian penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu baru-baru ini.
Rayuan yang difailkan semalam itu dibuat berikutan keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Oktober lalu, yang antara lain mendakwa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri telah menyalahgunakan kuasa.
AGC menjelaskan rayuan tersebut adalah berasaskan kekhilafan pada alasan penghakiman, dan bukannya menolak tuntutan 40 peratus tersebut.
“Jabatan ini sekali lagi ingin menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak merayu berhubung isu Pemberian Khas Sabah berdasarkan kadar 40 peratus hasil dan akan terus memulakan rundingan bersama Kerajaan Negeri Sabah sesegera mungkin,” kata AGC dalam satu kenyataan media hari ini.
Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Oktober lalu memutuskan Kerajaan Persekutuan mempunyai kewajipan untuk menyemak dan membayar semula tuntutan 40 peratus hasil bersih daripada Sabah, selaras dengan Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Sabah Law Society (SLS) itu turut diiringi perintah supaya Kerajaan Persekutuan membuat semakan dalam tempoh 90 hari dan mencapai persetujuan pembayaran dalam tempoh 180 hari.
Langkah AGC ini dilihat sebagai mengukuhkan lagi jaminan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu bersejarah ini melalui meja rundingan, sambil memastikan aspek perundangan penghakiman terdahulu diteliti dengan sewajarnya.
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri