Hilman didakwa di mahkamah atas kenyataan timbulkan kegusaran awam

August 20, 2025 · Politik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan membuat kenyataan yang didakwa menimbulkan kegentaran awam melalui laman sosial TikTok.

Muhammad Hilman yang juga Ketua Armada Bersatu, mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amira Abd Aziz.

“Saya akan lawan dan minta dibicarakan,” kata Hilman semasa pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Menurut kertas pertuduhan, lelaki berusia 36 tahun itu didakwa membuat kenyataan di akaun TikTok ‘alfah.channel.tv’ yang mungkin menimbulkan kegentaran awam dan boleh mendorong mana-mana orang untuk melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Dalam ucapannya ketika perhimpunan di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 29 Julai lalu, Hilman membidas penahanan beberapa ahli parti politik, dipercayai berkaitan himpunan ditunjangi Pas beberapa hari sebelum itu.

Dalam kenyataan Jabatan Peguam Negara semalam, Hilman dituduh di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan [Akta 574].

Berita berkaitan
Amanah buka pintu, Bersatu sedia teliti kerjasama baharu: Azmin
November 21, 2026· Politik
Syed Abu Hussin pertimbang guna tiket PKR di Bukit Gantang: Laporan
November 15, 2026· Politik
Kes saman fitnah Rosmah: Peguam Harith Iskander mohon tarik diri
November 13, 2026· Isu semasa
Tahanan rumah Najib: Badan Peguam fail semakan kehakiman cabar keputusan
November 12, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Pembubaran DUN bukan jaminan krisis Negeri Sembilan selesai: Laporan
2 jam lalu · Politik
Johari tegur menteri gagal jawab soalan Ahli Parlimen
3 jam lalu · Politik
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
19 jam lalu · Politik
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
19 jam lalu · Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok