Himpunan ‘Turun Anwar’ kerana dendam politik, bukan kepentingan rakyat: PKR Tenggara

July 25, 2025 · Politik

Himpunan “Turun Anwar” yang dirancang pembangkang esok didakwa bukanlah perjuangan untuk rakyat, tetapi sekadar manifestasi dendam politik terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ketua Cabang PKR Tenggara, Fakharuddin Moslim, menegaskan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri berdasarkan sokongan majoriti Ahli Parlimen selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), bukan melalui cara tidak demokratik.

“Kerajaan ini bukan milik Anwar Ibrahim seorang, ini kerajaan bersama, hasil gabungan pelbagai parti dan latar ideologi.

“Semua dasar dan keputusan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri.

“Maka, serangan hanya terhadap Anwar secara individu, bukan kerajaan keseluruhan, membuktikan bahawa kerajaan ini berfungsi secara sistematik dan berkesan – serta serangan itu tidak lebih daripada dendam politik semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pembangkang juga tidak mempunyai cukup jumlah untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Anwar di Parlimen, sekali gus menunjukkan himpunan yang dirancang hanyalah retorik politik untuk kekal relevan.

Sehubungan itu, ujar beliau, serangan terhadap Anwar menerusi himpunan tersebut disifatkan cubaan mengganggu kestabilan politik, keyakinan pelabur dan pemulihan ekonomi yang sedang giat dipacu Kerajaan Madani selepas kemelut politik antara tahun 2020 hingga 2022.

Sementara itu, Fakharuddin berkata, majoriti rakyat tidak mahu demonstrasi jalanan dijadikan alat untuk merebut kuasa politik.

Sebaliknya, menurut beliau, rakyat mahukan penyelesaian terhadap kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan dan kestabilan ekonomi.

“Bukannya provokasi yang boleh menggugat keamanan hanya kerana mereka tidak mampu terima kenyataan telah ditolak rakyat,” katanya.

Beliau mengulas mengenai rancangan PAS mengadakan Himpunan Turun Anwar di sekitar ibu negara esok, sebagai manifestasi menolak kepimpinan Anwar yang disifatkan gagal mentadbir negara.

Berita berkaitan
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
4 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
4 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Siasatan tak terikat untuk tempoh 2014-2020, boleh diperluas
August 18, 2026· Isu semasa
Kerajaan terbuka kaji gabung elemen SST, GST
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
1 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
5 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
6 jam lalu · Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
6 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok