Hina al-Quran, kerajaan tiada kompromi: Anwar

March 1, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menghina al-Quran, susulan insiden seorang penuntut universiti yang didakwa memijak kitab suci itu baru-baru ini.

Berucap pada Majlis Berbuka Puasa Pemimpin Masyarakat Tempatan di Kompleks Seri Perdana, beliau berkata siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berjalan dan orang ramai diminta bertenang serta menghormati proses undang-undang.

“Ini negara hukum. Kita tidak boleh mengetepikan prinsip undang-undang dalam sebarang tindakan,” katanya.

Menurut beliau, sebagai agama Persekutuan, Islam wajib dihormati, namun dalam masa sama kerajaan juga mempertahankan kesucian semua agama demi menjaga keharmonian masyarakat majmuk.

Isu sensitiviti agama bukan perkara baharu di Malaysia yang berbilang kaum dan kepercayaan.

Sejak sekian lama, sebarang penghinaan terhadap agama sering mencetuskan reaksi keras masyarakat dan tindakan tegas pihak berkuasa.

Justeru, Anwar menolak dakwaan kononnya kerajaan bersikap lemah dalam menangani kes berkenaan.

“Apabila ada laporan mengenai penghinaan atau perbuatan memijak al-Quran, siapa kata tiada tindakan? Ada tindakan. Jangan bersikap tergopoh-gapah dan tidak sabar,” katanya lagi.

Beliau menegaskan, individu terbabit telah ditahan dan siasatan lanjut sedang dijalankan, termasuk aspek kesihatan mental.

Pada 25 Februari lalu, seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah ditahan kerana disyaki memuat naik kandungan menghina Islam di media sosial. Setakat ini, 28 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Ashari Abu Samah memaklumkan reman terhadap lelaki berusia 21 tahun itu disambung sehingga Selasa bagi melengkapkan siasatan selepas arahan Timbalan Pendakwa Raya.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan kerajaan akan terus berpegang pada prinsip keadilan dan ketegasan.

“Ada yang kata kita nampak tolak ansur. Saya tidak tolak ansur sama sekali dan kita harus tegas,” katanya, sambil mengingatkan rakyat supaya tidak memanaskan keadaan sehingga menjejaskan perpaduan negara.

Berita berkaitan
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
7 jam lalu· Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
21 jam lalu· Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
22 jam lalu· Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
22 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
2 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
2 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
5 jam lalu · Isu semasa
192,869 kes scam, lebih RM7 bilion wang rakyat lesap
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
21 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok