Hubungan diplomatik baik, politik stabil jamin bekalan tenaga: PMX

June 13, 2026 · Isu semasa

Hubungan diplomatik yang baik dengan pelbagai negara serta kestabilan politik dalam negara menjadi faktor penting yang memastikan Malaysia terus memperoleh bekalan minyak dan gas ketika dunia berdepan ketidaktentuan akibat krisis tenaga global.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan diplomatik yang mesra dan seimbang membolehkan Malaysia mengekalkan hubungan rapat dengan pelbagai kuasa dunia termasuk Amerika Syarikat, China, Russia dan Turkmenistan.

Menurutnya, dasar luar negara yang pragmatik menyebabkan Malaysia dilihat sebagai rakan strategik yang dipercayai oleh banyak negara pengeluar tenaga.

“Negara kita mengambil sikap bersahabat dengan semua termasuk dengan Amerika Syarikat dan China, selain keadaan politik dalam negara yang stabil, tidak bergegar atau bergaduh antara kaum,” katanya ketika merasmikan majlis pecah tanah projek Sabah Southern MADANI Link di Sipitang pada Sabtu.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Mustapha Sakmud.

Anwar turut berkongsi pengalaman semasa lawatan rasminya ke Turkmenistan baru-baru ini, apabila pemimpin negara itu menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Malaysia melalui Petronas dalam mengendalikan salah satu telaga gas terbesar di dunia.

Katanya, perkembangan itu membuktikan keyakinan negara luar terhadap kemampuan Malaysia serta hubungan erat yang terjalin antara kedua-dua negara.

Pada masa sama, beliau berkata kestabilan politik perlu terus dipelihara kerana ia menjadi asas kepada pertumbuhan ekonomi dan keyakinan pelabur asing.

“Sebab itu dalam masa yang lalu, saya beri sokongan kepada Ketua Menteri Hajiji kerana saya fikir cukuplah kita berbalah dalam banyak isu, tetapi politik negara ini harus stabil kerana kalau tidak stabil, orang tidak akan melabur,” katanya.

Mengulas situasi global semasa, Anwar berkata dunia kini berhadapan krisis bekalan tenaga yang semakin meruncing susulan konflik di Asia Barat, termasuk gangguan terhadap laluan strategik di Selat Hormuz yang menyebabkan harga minyak dunia meningkat.

Beliau berkata kesan daripada krisis itu turut dirasai beberapa negara termasuk dalam kalangan anggota ASEAN yang terpaksa mengambil langkah drastik akibat kekurangan bekalan bahan api.

Menurutnya, terdapat negara yang terpaksa menutup kira-kira 400 stesen minyak kerana berdepan masalah bekalan yang serius.

Dalam keadaan itu, beliau bersyukur Malaysia masih mampu mengekalkan harga petrol pada kadar yang rendah berbanding banyak negara lain.

“Kita bersyukur dalam keadaan itu pun harga minyak murah… Malaysia kekal RM1.99. Kita ada masalah diesel kita naikkan harga sedikit tetapi untuk seperti pertanian, bas, pengangkutan tidak. Ini kerana kita harus sedar apapun masalah jangan bebankan rakyat,” katanya.

Berita berkaitan
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
14 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
24 jam lalu· Isu semasa
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
24 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
October 27, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
14 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
14 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
14 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
21 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok