Hubungan global kukuh berjaya lindungi kepentingan Malaysia: Anwar

April 9, 2026 · Isu semasa

Anwar Ibrahim menyifatkan hubungan antarabangsa yang baik terus menjadi kekuatan penting Malaysia dalam melindungi kepentingan negara, terutama ketika dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik.

Perdana Menteri berkata, jaringan erat dengan pemimpin dunia membolehkan Malaysia bertindak lebih berkesan dalam menangani isu global, di samping memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

Menurutnya, hubungan diplomatik yang kukuh telah memberi manfaat nyata, termasuk dalam memastikan kelancaran laluan perdagangan negara.

“Dalam perbincangan saya dengan Presiden Iran, apabila saya bangkitkan soal kapal Malaysia termasuk kapal PETRONAS, beliau memberi jaminan bahawa segala usaha akan dilakukan supaya kapal kita dapat melalui Selat Hormuz dengan selamat,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan di sini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar.

Selain Iran, beliau turut menekankan kepentingan hubungan rapat dengan Mesir dalam memudahkan misi kemanusiaan Malaysia ke kawasan konflik di Timur Tengah.

Katanya, hubungan baik dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi telah membantu mempercepatkan penyaluran bantuan.

“Saya maklumkan bahawa terdapat 30 kontena bantuan Malaysia di Mesir dan memohon laluan ke Rafah. Beliau memberi jaminan bahawa bantuan itu akan disegerakan sebaik tiba,” katanya.

Sejak sekian lama, Malaysia mengamalkan dasar luar berkecuali dengan menjalin hubungan baik dengan pelbagai kuasa dunia termasuk negara ASEAN, China dan Amerika Syarikat.

Pendekatan ini membolehkan negara mengekalkan keseimbangan dalam hubungan diplomatik tanpa menggadaikan prinsip.

Anwar menegaskan pendirian Malaysia kekal konsisten dalam hal tersebut.

“Yang kita setuju, kita sokong. Yang kita tidak setuju, kita nyatakan dengan jelas. Namun, persahabatan itu penting demi kepentingan negara,” katanya.

Berita berkaitan
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
9 jam lalu· Politik
Hubungan diplomatik baik, politik stabil jamin bekalan tenaga: PMX
14 jam lalu· Isu semasa
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
June 12, 2026· Politik
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
June 12, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Program Ziarah Kasih: Fahmi santuni warga emas, pesakit terlantar di Seri Menanti
14 jam lalu · Isu semasa
62 NADI Negeri Sembilan tawar latihan AI percuma
14 jam lalu · Isu semasa
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
June 12, 2026 · Isu semasa
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
June 11, 2026 · Isu semasa
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
June 11, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok