Hujan lebat berterusan, Terengganu diisytihar berada tahap bahaya

November 26, 2025 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat bahaya untuk beberapa daerah di Terengganu berkuat kuasa sehingga Jumaat ini.

Kawasan yang terjejas termasuk Besut, Setiu, Kuala Nerus, dan Kuala Terengganu.

Menurut Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, keadaan cuaca yang membimbangkan turut melanda seluruh negeri Kelantan serta beberapa daerah lain di Terengganu seperti Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, yang dijangka mengalami hujan berterusan pada tahap buruk.

“Amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan bagi Perlis, Hulu Perak dan beberapa kawasan di Kedah seperti Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling untuk hari ini,” jelas Dr. Mohd Hisham.

Beliau menambah, amaran serupa sehingga esok turut meliputi kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, dan Kuantan di Pahang.

Bagi hujung minggu ini, amaran hujan berkuat kuasa mulai Jumaat hingga Sabtu melibatkan lebih banyak negeri termasuk Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, serta beberapa kawasan di Kedah dan Johor.

Tambah Dr. Mohd Hisham, satu amaran ribut tropika (Senyar) yang berada kira-kira 268 kilometer ke Barat Daya Lumut, Perak turut dikeluarkan.

Keadaan ini berpotensi mengakibatkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di negeri-negeri utara Semenanjung.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca, dan media sosial MetMalaysia. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus melalui hotline 1-300-22-1638.

Berita berkaitan
Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga malam ini: Laporan
December 28, 2025· Isu semasa
Banjir dijangka landa Pasir Mas, Tumpat mulai malam ini: JPS
December 26, 2025· Isu semasa
Media diminta jaga sensitiviti hubungan Malaysia-Indonesia, gesa ISWAMI
December 21, 2025· Isu semasa
NADI On Wheels bantu mangsa banjir Pahang kekal berhubung
December 21, 2025· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SPRM buka dua kertas siasatan berhubung isu dana hampir RM300 juta: Laporan
January 24, 2026 · Isu semasa
Anwar nafi isu tanah Malaysia diserah kepada Indonesia
January 24, 2026 · Isu semasa
RUU PSB perlu dibaiki demi hak penduduk, UMNO tak tolak pembangunan: Asyraf
17 jam lalu · Isu semasa
Saluran aduan media kini dibuka, fokus profesional dan telus: Fahmi
17 jam lalu · Isu semasa
X ambil langkah tingkat keselamatan, beri kerjasama baik: Fahmi
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok